Yamaha TMax DX - bakal dilancarkan hujung tahun ini!

oleh HEZERI SAMSURI|
Hong Leong Yamaha dikhabarkan akan melancarkan skuter sporty yang diminati ramai, TMax DX.

Dijana oleh enjin DOHC 4-injap 4-lejang 2-silinder sejajar dengan kapasiti 530cc, ia menghasilkan 45.3 hp dan 53 Nm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Transmisi automatik V-Belt digunakan, seperti kebanyakan skuter. Yang lainnya ialah hantaran tenaga menggunakan tali sawat dan enjin TMax ini terletak bukan pada lengan ayun roda belakang.

Sumber Careta berkata pelancaran boleh dilakukan seawal penghujung tahun ini atau suku pertama tahun hadapan.

 

 

Ini yang membuatkan TMax mempunyai pengendalian yang mirip superbike, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri praktikal dan rekabentuk modern sebuah skuter maxi.

Kelengkapan elektronik yang diberikan kepada TMax ini termasuklah Traction Control, sistem TMax Connect (fungsi mencari motosikal, anti kecurian, data pengguna dan geofence), skrin hadapan boleh laras secara elektrik (setinggi 135 mm), D-Mode dengan 2 peringkat dan banyak lagi.

 

 

Harga belum lagi diumumkan tetapi Careta percaya, harga TMax DX ini sepatutnya mampu memberikan Honda X-ADV sedikit perasaan demam kepialu. 

Honda X-ADV dijual pada harga RM61,500, jauh lebih rendah dari yang dibawa masuk oleh pengimport bebas.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Yamaha Y16ZR 2024 kini membawakan ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal, diikuti…