Yamaha TMAX 560 2021 rasmi dilancarkan - RM72,288

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor hari ini secara rasmi melancarkan skuter sport Yamaha TMAX 560 2021 untuk pasaran Malaysia dalam satu acara bertemakan 'Luxury in Motion' sebentar tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skuter Yamaha TMAX 2021 ini dikuasakan oleh enjin bersesaran 562 cc yang mampu menghasilkan 46.9 hp @ 7,500 rpm, daya kilas 55.7 Nm @ 5,250 rpm yang dipadankan dengan transmisi V-belt automatik.
 

TMAX


Ia membawakan ciri-ciri kemewahan yang dikhususkan untuk perjalanan dalam bandar atau kembara jarak jauh, seperti casis yang serba ringan, skrin paparan TFT monotona, lampu utama LED, serta ciri kawalan jelajah.

Selain daripada itu, Yamaha TMAX 560 turut didatangkan dengan cermin penghadang angin boleh laras berkuasa elektrik (sehingga 135 mm), tangki bahan api sebesar 15 liter, ruang bawah pelana yang luas serta ciri pemanas pada tempat duduk dan pendikit untuk lebih keselesaan.
 

TMAX


Aspek keselamatan pula didatangkan dengan sistem brek ABS dua saluran, kawalan cengkaman termaju (TCS), serta kehadiran D-Mode yang mampu memastikan pengedaran kuasa yang lebih lancar di dalam bandar, atau prestasi yang berkuasa di jalan terbuka.

Boleh didapati dalam dua warna iaitu Tech Kamo dan Power Grey, harga jualan Yamaha TMAX 2021 bermula dari RM72,288 tidak termasuk insurans dan pendaftaran.

Setiap pemilik akan diberikan kunci cakera brek serta Big Bike Key Pouch oleh Royal Selangor secara percuma.
 

 


Serentak dengan itu, HLYM turut memperlihatkan dua buah model baharu yang akan dilancarkan pada tahun ini, iaitu Yamaha MT-09 dan Yamaha Tracer 9 GT.

Yamaha MT-09 didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 889 cc yang mampu menghasilkan 93 Nm @ 7,000 rpm, sementara Yamaha Tracer 9 GT pula berupaya menghasilkan 117 hp daripada enjin tiga silinder 889 cc.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Hadir sebagai model generasi terbaharu, Tenere 700 untuk pasaran Malaysia juga didatangkan dengan…
Pelancaran Motosikal
Yamaha Y16ZR 2024 kini membawakan ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal, diikuti…