Yamaha Tenere 700 2023, tempahan dibuka 18 September, harga RM69,988

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) mengumumkan pembukaan tempahan bagi motosikal adventure Yamaha Tenere 700 2023.

Menariknya, Tenere bukan sahaja merupakan motosikal pertama HLYM dengan keupayaan off-road, akan tetapi ia juga merupakan unit pemasangan tempatan (CKD) yang akan dipasang di kilang Sungai Buloh, menurut laporan rakan media MotoMalaya.

Yamaha Tenere 700 dikuasakan oleh enjin dua silinder sebaris 270° bersesaran 689 cc dengan kuasa 72.4 hp @ 9,000 rpm dan 68 Nm @ 6,500 rpm.
 

Tenere


Berdasarkan pelancaran di peringkat global sebelum ini, Yamaha Tenere 700 telah diberikan peningkatan dan naik taraf.

Seperti contoh, skrin TFT bersaiz lima inci dwi-tema yang boleh disambungkan kepada peranti pintar, sistem ABS dengan tiga tetapan baharu (boleh dimatikan), serta tidak ketinggalan pemasangan aksesori quickshifter terus dari kilang.
 

yamaha


Selain itu, ia juga turut mendapat tuil brek hadapan dengan binaan yang lebih kukuh, serta soket USB baharu menggantikan soket 12V yang lama.

Menurut HLYM, Yamaha Tenere 700 bakal dijual pada harga bermula RM69,988, dan boleh ditempah menerusi Yamaha Big Bike Dealers bermula 18 September 2023.

Sumber: Yamaha, MotoMalaya

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Hadir sebagai model generasi terbaharu, Tenere 700 untuk pasaran Malaysia juga didatangkan dengan…