Yamaha tarik balik model keluarannya di Amerika Syarikat

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Yamaha Motor Corporation, USA (Yamaha) telah menarik balik beberapa model motosikal keluarannya dari 1 September 2014 sehingga November 17, 2014. Dijangkakan kira-kira 4,900 unit motosikal akan terlibat. Antara model yang akan ditarik balik adalah FJ-09 (FJ09F/FC), FZ-09 (FZ09F/FC), FZ6R (FZ6RF/FC), Super Ténéré (XTZ12F/FC), Super Ténéré ES (XTZ12EF/EFC), dan R6 (YZF-R6) Ini berikutan pada 25 Mac yang lalu, Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan mengeluarkan notis penarikan balik enam model Yamaha 2015 yang berkemungkinan telah dipasang dengan shift cam segment stopper yang mempunyai bucu tajam di bahagian dalam. Ia boleh mengakibatkan keretakan dan mungkin patah. Jika ia berlaku transmisi tidak boleh ditukar dengan lancar dan ini boleh mengakibatkan kemalangan. Penggantian alat tersebut akan dibuat secara percuma dan pemilik akan diberitahu oleh pihak Yamaha. Penarikan balik itu berkuatkuasa mulai April 2015. sumber : www.cycleworld.com