Yamaha takkan bikin pesaing X-ADV (buat masa ini)

oleh Mohamad Hanif|
Crossover antara skuter dan motosikal kembara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda X-ADV mungkin merupakan satu-satunya produk unik yang hadir di dalam kelas yang tersendiri, dan ternyata populariti tersebut berjaya diikuti oleh adiknya ADV 150 yang entah bila hendak masuk Malaysia pun tidak diketahui.

Jadi, kenapa resepi sebegini masih lagi tidak diikuti oleh pesaing rapatnya Yamaha?

Adakah mereka tidak yakin TMAX versi ADV tidak akan berjaya menyaingi populariti yang dikecapi oleh Honda X-ADV?

Berdasarkan satu temubual yang dijalankan oleh Motociclismo terhadap Paolo Pavesio dari Yamaha Motor Europe, beliau sememangnya mengakui X-ADV merupakan satu produk yang cukup bagus yang menggandingkan tahap praktikaliti sebuah skuter dengan rekaan kembara ADV.

Namun, menurut Paolo, Yamaha tidak mahu sekadar meniru idea daripada syarikat pesaing tanpa menyebutkan sebab kenapa pengeluar tersebut tidak akan hadir dengan produk yang serupa dalam masa terdekat.

Jadi, berdasarkan keputusan tersebut, berkemungkinan besar skuter kembara dari Yamaha tidak akan direalisasikan dalam masa terdekat.

Ini kerana menurut Paolo lagi, Yamaha kini sedang memfokuskan untuk memulihkan reputasi TMAX sebagai sebuah model yang  membawakan prestasi yang lebih sporti, suatu perkara yang Yamaha sendiri terlepas pandang daripada model sedia ada.

Sumber: Motociclismo
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…