YAMAHA T-MAX TECH MAX 2024, 2 WARNA BAHARU, HARGA KEKAL

oleh Firdaus Razani|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru sahaja mengumumkan kemas kini warna baharu bagi skuter Yamaha TMax 2024 untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Yamaha TMax Tech Max 2024 baharu akan didatangkan dengan dua pilihan varian warna baharu iaitu warna Dark Magma dan Tech Black.

tmax

Skuter Automatik Yamaha TMAX Tech Max ini masih mengekalkan enjin DOHC dua silinder, 562cc yang menghasilkan kuasa 47.6 hp @ 7,500rpm dan 55.7 Nm tork @ 5,250rpm.

 

tmax

 

Tiada perubahan untuk ciri-ciri lain, pada bahagian kokpit, Yamaha TMAX Tech Max ini didatangkan dengan skrin paparan TFT berwarna penuh tujuh inci dengan tiga mod paparan, serta sokongan sambungan kepada peranti pintar menerusi aplikasi MyRide-Link.

 

tmax

 

TMax Tech Max 2024 turut dilengkapi dengan dua mod kuasa serta kawalan cengkaman, dan turut dilengkapi sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

 

tmax

 

Selain itu, rekaan luaran skuter ini masih kekal dengan rekaan moden, unit pencahayaan LED dan ciri lain seperti pemanas tangan dan pelana, cermin depan penghadang angin boleh laras, penderia pada penutup tangki bahan api.

 

tmax

 

Harga jualan Yamaha TMAX Tech Max 2024 masih kekal tidak berubah, ia bermula dari RM74,998 tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans.

Sebagai tambahan, setiap pembelian Yamaha TMax Tech Max  2024 baharu akan disertakan dengan kunci cakera percuma bernilai RM100.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Yamaha TMAX Tech Max ini mendapat sambutan yang menggalakkan, di mana 35 unit pertama telah pun…