Yamaha RX-100 bakal dihidupkan semula - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Yamaha dilapor akan memperkenalkan semula model klasik RX-100 dalam tempoh beberapa tahun lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu temubual bersama BusinessLine, pengerusi Yamaha India Eishin Chihana mendedahkan pihak mereka akan menghidupkan kembali model klasik RX-100 pada masa akan datang untuk pasaran India.

Ini kerana nama ikonik tersebut tidak pernah digunakan pada mana-mana model sehingga kini, sekaligus mengesahkan perancangan pengeluar itu untuk memperkenalkan model klasik tersebut kelak.
 

RX-100


Namun begitu, ia tidak akan wujud dalam versi enjin dua lejang memandangkan enjin tersebut tidak lagi mampu untuk memenuhi piawaian emisi BS6 yang lebih ketat.

Disebabkan status model lagenda itu juga, Yamaha tidak boleh sekadar meletakkan lencana RX-100 ke atas mana-mana model motosikal sedia ada.

Para peminat model klasik RX-100 kini boleh mengambil masa untuk mengumpulkan wang terlebih dahulu, memandangkan model RX-100 ini tidak akan muncul secara rasmi sehinggalah pada tahun 2026.

Ini kerana menurut Chihana lagi, Yamaha kini mempunyai barisan produk yang telah dirancang sehingga ke tahun 2025.

Sumber: Rushlane