Yamaha R15M mendarat di Singapura, Malaysia bila?

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu Yamaha R15 khabarnya telah pun mendarat di negara jiran Singapura berdasarkan hantaran di laman Facebook i-Motoring Singapore, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, model R15 2022 itu ditawarkan dalam dua varian iaitu versi standard, serta versi R15M, diikuti dengan model yang dipakaikan liversi Movistar MotoGP.

Yamaha R15 V4 itu sebelum ini telah pun dilancarkan di Indonesia pada penghujung tahun yang lalu, di mana kali pertama ia membuat kemunculan rasmi adalah di India pada September 2021.
 

R15


Untuk generasi baharu ini, R15 dilengkapi dengan enjin 155 cc VVA dengan kuasa setinggi 19 hp @ 10,000 rpm dan daya kilas 14.7 Nm @ 8,500 rpm.

Aspek tunggangan pula dibantu dengan fork hadapan jenis terbalik (USD), sistem brek cakera depan belakang dengan ABS dua saluran, kawalan cengkaman serta ciri quickshifter!
 

R15


Dengan kehadiran model ini dipasaran negara jiran, adakah ini bermakna giliran Malaysia bakal tiba kelak?

Berapa pula harga yang bakal ditawarkan untuk pesaing model Honda CBR150R dan Suzuki GSX-R150 yang bakal muncul tidak lama lagi?

Sumber: FB i-motoring Singapore, MotoMalaya