Yamaha PW50, motosikal kecil untuk si cilik!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Yamaha PW50
Yamaha PW50
Biasa tak nampak rakaman video mengenai kanak-kanak di Eropah dengan motosikal kecil? Kanak-kanak itu bergaya dengan sut lengkap dan kelihatan comel dengan motosikal mereka.

Ini satu dari contoh motosikal yang ditawarkan, Yamaha PW50. Ini model 2020 yang diperkenalkan di Jepun pada Jun 2019.

Sejarah PW50 boleh dijejaki sejak dari tahun 80an melalui Yamaha YZinger dan secara keseluruhannya sudah melebihi 35 tahun!

YZinger atau PW sememangnya dibina untuk kanak-kanak. Yamaha membangunkan PW50 (2020) untuk kanak-kanak dengan berat 25 kg dan ke bawah. 

Sesaran PW kecil sahaja, hanya 49cm3, dua lejang sejukan udara dengan karburator Mikuni VM12SC. Kapasiti tangki minyak ialah dua liter dan 0.3 liter untuk minyak enjin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Yamaha PW50

Enjin yang digunakan tidak mempunyai gear kaki dan penunggang cilik hanya perlu memulas pendikit bagi mengerakkannya secara automatik.

Kaki bagaimanapun masih perlu digunakan untuk menghidupkan enjin. Selain itu, ibu bapa perlu risau tak bila anak kecil meluru laju?

Bagi mengelakkannya dari berlaku, Yamaha memasang skru pada bahagian pendikit untuk ibu bapa menghadkan kelajuan atau pulasan tangan kanak-kanak.

Lagi kelebihan motosikal ini ialah ia digerakkan menggunakan aci (shaft) tertutup. Tanpa rantai dan gegancu (sprocket) bermakna tidak perlu diminyakkan atau diketatkan.

Memandangkan PW50 adalah motosikal dua lejang, Yamaha telah siap mengasingkan tangki untuk minyak 2T di hadapan pemegang motosikal.

Yamaha PW50

Menurut Yamaha lagi, pemegang PW50 direka dengan bentuk seperti basikal. Brek belakang di bahagian tangan kiri manakala brek depan di tangan kanan.

Dari segi saiz, ketinggian tempat duduk hanya 475mm atau sekitar 1.5 kaki dengan kelegaan bumi 95mm.

Dimensi keseluruhan ialah 1,245mm (p), 610mm (l), 705mm (t) dengan berat 41kg.

Tayar yang digunakan ialah jenis 2.50-10 untuk bahagian depan dan belakang. Brek pula jenis gelendong pada kedua-dua roda depan dan belakang.

Yamaha PW50

Walaupun PW50 sebuah motosikal kecil, ia berada di dalam kategori luar jalan raya (off road) dan membawa pengaruh gaya motosikal siri YZ yang lebih besar.

Berapakah pula harga Yamaha PW50? Mengikut semakan di laman web Yamaha Jepun, motosikal ini dijual pada 176,000 yen atau bersamaan RM7,109.26.

Kesimpulannya, motosikal ini memang comel!

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Yamaha

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…
Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…