Yamaha PAS CITY-V 2024, basikal bantuan elektrik dengan gaya klasik, bateri lebih berkuasa

oleh Muhammad Md Tajudin|
Yamaha PAS CITY-V
Yamaha PAS CITY-V
Selain motosikal, enjin kereta, enjin bot sangkut dan pelbagai lagi Yamaha juga sudah lama terlibat dalam basikal bantuan elektrik.

Yamaha PAS (Sistem Bantuan Kuasa) dilancar pada 1993 dan terus berkembang sehingga kini.

Terbaru Yamaha memperkenalkan PAS CITY-V dengan gaya retro dan bateri lebih berkuasa.

Model 2024 menawarkan tunggangan lancar dan selesa walaupun ketika kayuhan mendaki (ini yang sedap didengar) dan turut dilengkapi mod kuasa pintar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Yamaha PAS CITY-V 2024

Fungsi itu mengawal daya bantuan secara automatik mengikut keadaan seperti di laluan curam.

Gabungan tayar 24 inci, transmisi lima kelajuan dan brek V di depan memudahkan kayuhan serta prestasi pembrekan yang baik untuk kayuhan harian atau di sekitar bandar.

Rangka bentuk V, lampu bentuk peluru, pelana dan pemegang hendal warna coklat membangkitkan gaya retro sporti.

Warna Deep Green baharu turut menyerlahkan gaya klasik dan secara keseluruhannya terdapat tiga warna yang boleh dipilih pelanggan.

 

Yamaha Li-ION

 

PAS CITY-V 2024 dibekalkan bateri dan pengecas baharu yang lebih kompak dan mudah digunakan.

Kuasa bateri ditingkatkan sekitar 30 peratus kepada 15.8Ah berbanding 12.3Ah dan pengguna tidak perlu mengecas sekerap sebelum ini.

Bahagian pemegang bateri direka lebar dan mempunyai bentuk untuk dipegang dengan kemas.

 

Yamaha Li-ION Battery

 

Rekabentuk tak simetri memudahkan pengguna memasang dan menanggalkan bateri dari basikal atau pengecas.

Cetakan laser pada badan bateri menonjolkan gambaran yang mewah.

Selain itu, bateri baharu 40 peratus lebih kecil berbanding model sebelum ini dan mudah untuk dicas di ruang terhad selain tidak memakan banyak ruang.

 

Yamaha PAS CITY-V 2024

 

Basikal bantuan elektrik sebegini dilihat mampu menjadi pilihan baik untuk pengguna tempatan. Kayuh tetap kayuh dan lebih mudah kerana dibantu tenaga elektrik.

Bukan setakat kereta dan motosikal import terpakai, basikal dari Jepun juga ada dibawa masuk ke negara kita.

Yamaha PAS CITY-V 2024 ditawarkan pada harga 156,200 yen (RM4,998) dengan sasaran jualan sebanyak 2,500 unit setahun.

Yamaha PAS CITY-V 2024

Spesifikasi Yamaha PAS CITY-V 2024:

  • Lebar: 1,765 mm
  • Tinggi pelana: 575 mm
  • Tayar: 24 x 1.75 HE
  • Berat: 22.6 kg
  • Jarak percas: 62 km (strong mode), 71 km (smart power mode), 100 km (auto eco)
  • Jenis motor: Brushless DC/240W
  • Bateri: Litium-ion
  • Voltan: 25.2V
  • Kapasiti: 15.8Ah
  • Masa Pengecasan: 4.5 jam

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Yamaha PAS CITY-V 2024