Yamaha NMAX 155 2020 rasmi dilancarkan, bermula dari RM8,998

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi satu acara yang disiarkan secara dalam talian, Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan skuter baharu Yamaha NMAX 2020 untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skuter tersebut dikuasakan oleh enjin silinder tunggal Blue Core empat lejang SOHC 155cc yang menghasilkan 15.4 PS @ 8,000 rpm serta daya kilas 13.9 Nm pada putaran enjin 6,000 rpm, dipadankan dengan sistem transmisi tali sawat V-automatik.

 


Dengan kapasiti tangki bahan api sebesar 7.1 liter, dan dengan bantuan Stop & Start System, ia membolehkan NMax 155 ini bergerak sejauh 300 km untuk setangki penuh.

Dari segi penawaran, Yamaha NMax 155 didatangkan dengan ciri lampu utama LED, lampu membelok di bahagian bawah reraup, dan unit windshield yang lebih tinggi.

 


Terdapat juga soket kuasa 12V yang membolehkan penunggang mengecas peranti pintar ketika sedang bergerak, selain ruang storan bawah pelana sebesar 23.3 liter yang mampu memuatkan sebuah helmet full-face bersaiz XL atau barangan lain yang dirasakan perlu.

Skuter baharu Yamaha NMAX 155 ini boleh didapati di kesemua pusat pengedar bertauliah Yamaha dengan harga jualan bermula dari RM8,998 tidak termasuk insurans dan cukai pendaftaran.

 


Dua warna pilihan ditawarkan iaitu Yamaha Grey dan Matt Red. Para pembeli juga akan menerima kunci cakera brek bernilai RM100 secara percuma dengan setiap pembelian Yamaha NMAX 2020.