Yamaha MT-10 : "Abang Long" untuk siri MT

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Semalam 17 Nov 2015 Yamaha Motor Jepun akhirnya mengumumkan secara rasminya pelancaran MT-10 di Eropah pada akhir bulan Mei 2016. Motosikal prestasi ini berenjin 998cc empat silinder sejukan cecair dengan aci oleng (crankshaft) jenis satah memangkah atau Crossplane, seperti yang digunakan pada enjin R1. MT-10 juga akan dipamerkan di Pameran Motosikal Sedunia EICMA, yang akan diadakan dari 19 November di Milan, Itali. 2016-Yamaha-MT-10-details-05 Model baru ini telah dirancang untuk dibangunkan sebagai model utama siri MT. Ia merangkumi kedua-dua konsep "prestasi sports jalanan muktakhir dengan pengendalian sepertimana diingini penunggang" dan "serba boleh dan berfungsi menyeronokkan". 2016-Yamaha-MT-10-details-10 Ciri-ciri utama termasuk enjin berprestasi dengan tork kuat pada julat rendah untuk kelajuan sederhana. Ini dicapai melalui ciri-ciri unik crankshaft Crossplane yang linear dan menghasilkan tork dan mudah dikawal, casis yang menjanjikan pengendalian tangkas melalui jarak tapak roda 1,400mm sama seperti Yamaha MT -07. Kedudukan menunggang nya sesuai untuk pelbagai keadaan, dari selekoh yang sangat agresif sehingga lah kepada tunggangan santai. MT-10 ini juga dibekalkan pelbagai fungsi seperti sistem kawalan pelayaran yang direka untuk menyediakan keseronokan serba boleh, dan reka bentuk yang ramping yang melayakkan nya menjadi model utama di bawah konsep "Raja Master of Torque" . 1522029758081262992 Yamaha Motor telah memajukan "Dunia MT", berdasarkan konsep "Torquey x Agile" iaitu penuh tork dan tangkas, sebagai watak baru untuk motosikal. Bermula dengan MT-09, Yamaha Motor telah membangunkan pelbagai produk termasuk MT-09 TRACER, MT-07, MT-03, dan MT-25 selaras dengan keperluan pengguna, dan telah menjadi amat popular. Video rasmi Yamaha MT-10 dari Yamaha Eropah Video teknologi aci oleng Crossplane