Yamaha MT-09 SP 2021 - tambahan ciri cruise control, suspensi dipertingkat!

oleh Mohamad Hanif|
Hujung bulan yang lalu, Yamaha telah pun memperlihatkan secara rasmi model MT-09 2021 dengan beberapa penambahbaikan, namun jika anda tidak teruja, mungkin sekali MT-09 SP 2021 ini yang perlu anda sambar!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sekali imbas, Yamaha MT-09 SP memang membawakan spesifikasi kuasa yang sama, iaitu enjin 890 cc inline-triple Euro 5, 117 kuasa kuda dan 93 Nm, sistem klac Assist & Slipper, brek ABS, serta bantuan elektronik yang ada pada model standard MT-09.

 


Rahsia yang terkandung pada MT-09 Sp adalah sistem suspensi yang telah dinaiktaraf kepada fork hadapan boleh laras jenis terbalik dari KYB yang diberikan lapisan DLC (diamond-like-carbon), sementara bahagian belakang pula menerima penyerap hentak Öhlins boleh laras serta lengan ayun aluminium dengan kesan berus anodisasi.

 

 


Selain daripada itu, model SP ini juga datang dengan ciri cruise control yang tidak ada pada model standard MT-09 yang boleh diaktifkan pada kelajuan 50 km/j pada posisi gear keempat atau kelima.

 


Yamaha MT-09 SP 2021 hadir dalam layangan warna eksklusif Iron Performance, dan harga jualan bermula dari $10,999 (RM45,420), atau $1,600 (RM6,607) lebih mahal berbanding model MT-09 standard di Amerika Syarikat.