Yamaha MT-09 generasi baharu rasmi dilancarkan - dari RM57,998

oleh Firdaus Razani|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini rasmi lancarkan generasi terbaharu motosikal naked sensasi mereka iaitu MT-09 ke pasaran Malaysia yang kini lebih moden dan ranggi.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Beberapa bulan lalu, Yamaha MT-09 generasi baharu telah dilancarkan secara global dengan ciri yang menarik iaitu sistem penukaran gear separa automatik Yamaha Automated Manual Transmission (Y-AMT).

Namun begitu, bagi pasaran Malaysia, hanya versi standard sahaja yang dipasarkan dengan harga jualan bermula dari RM57,998 dan menerima ciri yang dipetingkatkan.

 

mt09

 

Dari visual, jelas dilihat adalah rupa bentuk MT-09 yang kini nampak lebih segar dimana pencahayaan lampu hadapan dipadankan dengan lampu LED dan lampu projektor di tengah untuk pencahayaan lebih cerah.

 

mt09

 

Seterusnya, reka bentuk tangki bahan api turut diberi sentuhan yang lebih dinamik yang beri lebih keselesaan pada penunggang serta MT-09 baharu ini menerima reka bentuk tempat duduk jenis dua bahagian.

 

mt09

 

Ia juga oleh kerana MT-09 generasi terkini terima subframe yang diberi sentuhan reka bentuk baharu dan kadar spring belakang yang dipertingkatkan untuk beri lebih keselesaan pada penunggang dan pembonceng.

 

mt09

 

Tambahan itu, pada bahagian tangki bahan api 14 liter itu turut ditampilkan dengan gril acoustic amplifier yang dikatakan bakal beri pengalaman tunggangan yang lebih menarik dimana bunyi deruman enjin lebih ‘sampai’ pada penunggang.

 

mt09

 

Untuk beri visual yang jelas pada penunggang, MT-09 terkini ditampilkan dengan paparan TFT lima inci berwarna penuh yang boleh bersambung dengan telefon pintar melalui aplikasi Y-Connect dan Garmin Streetcross.

 

mt09

 

Pada bahagian handlebar motosikal baharu ini, terdapat suis kawalan intuitif yang tampilkan ciri cruise control dan juga menampilkan radial master cylinder daripada Brembo.

 

mt09

 

Selain itu juga, penunggang boleh personalized mod tunggangan peribadi melalui Yamaha Ride Control (YRC) melalui telefon pintar tersebut dan menariknya, ia dilengkapi dengan port pengecasan Type-C dibawah tempat duduk penunggang.

 

mt09

 

Bagi memberi tunggangan yang lebih selesa, posisi handlebar dan footpegs MT-09 kini boleh dilaraskan mengikut ergonomik penunggang untuk beri tunggangan lebih selesa dan dinamik.

 

mt09

 

Untuk unit trenkuasa, MT-09 generasi baharu ini masih kekal menggunakan enjin CP3 tiga silinder 890cc penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa output 119hp dan daya kilas 93Nm tork.

 

mt09

 

Walaupun tidak menerima ciri Y-AMT, unit enjin ini dipadankan dengan kotak gear bertransmisi enam kelajuan yang hadir bersama quickshifter generasi ketiga Yamaha.

Warna yang ditawarkan bagi Yamaha MT-09 generasi baharu ditawarkan pada dua pilihan warna iaitu, warna Cyan dan warna hitam matte.

 

mt09