Yamaha MT-09 2021 - kurang berat, lebih berkuasa!

oleh Mohamad Hanif|
Motosikal naked middle-weight popular dari Yamaha, MT-09 kini telah diberikan kemaskini baharu untuk model tahun 2021 dengan pakej penggayaan serba baharu dan enjin yang lebih berkuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara perubahan yang ketara dibawakan adalah reka bentuk lampu utama yang diapit dengan DRL LED yang lebih slim menggantikan lampu utama berkembar pada model terdahulu. 

 


Selain daripada itu, boleh dikatakan pihak jurutera telah mendedahkan beberapa komponen seperti rangka badan, suspensi dan enjin MT-09 supaya mudah dilihat oleh umum. 

Kedudukan tangki bahan api, lampu utama dan ekzos juga telah diposisikan semula supaya hampir dengan kedudukan enjin 899cc baharu itu. 

 


Sebut pasal enjin, Yamaha MT-09 2021 dilengkapi enjin 899 cc (menggantikan enjin asal 874cc) yang kini lebih memenuhi regulasi emisi Euro5, dan peningkatan kuasa kepada 117 hp dan 93 Nm. 

Selain daripada itu, sistem pancitan bahan api telah diubah dengan unit penyuntik dialih daripada kepala silinder kepada injap pendikit, menjadikan bahan api kini disuntik terus kepada bahagian belakang injap kemasukan. 

 


Menurut Yamaha, sistem baharu ini didakwa mampu meningkatkan proses atomisasi yang menambahbaik kadar pembakaran, meningkatkan kadar keberkesanan penggunaan bahan api, dan sekaligus memenuhi regulasi Euro5 yang disebutkan tadi. 

Sistem suspensi Yamaha MT-09 2021 ini menggunakan fork hadapan KYB 41 mm dengan pra-tetapan, sementara suspensi belakang menggunakan penyerap hentak KYB boleh laras. 
 


Untuk memastikan Yamaha MT-09 ini kurang berat, set rim asal telah digantikan dengan rim baharu yang lebih inovatif, dan didakwa oleh Yamaha sebagai antara rim yang paling ringan, membantu pecutan, pemberhentian dan pengendalian yang lebih baik. 

Lebih menarik, jentera ini turut menerima ciri IMU enam paksi yang lebih ringan dan kompak, serta bantuan tunggangan seperti kawalan cengkaman, cornering ABS, dan Brake Control System. 

 


Yamaha MT-09 2021 boleh didapati dalam tiga warna iaitu Storm Fluo, Icon Blue dan Tech Black. 

Ia bakal mendarat di pengedar Yamaha Eropah bermula Mac 2021. 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dikuasakan oleh enjin tiga silinder sejukan cecair bersesaran 889 cc, ia kini berupaya menghasilkan…