Yamaha MT-07 2021 - rupa segarang MT-09, enjin kekal tidak berubah

oleh Mohamad Hanif|
Mengikuti jejak langkah Yamaha MT-09 2021, Yamaha turut sama memperkenalkan sebuah lagi model Master of Torque, MT-07 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti abang besarnya, Yamaha MT-07 2021 menerima beberapa perubahan bersifat kosmetik, seperti contoh unit lampu utama yang diapit dengan lampu bantuan LED, serta kehadiran lampu membelok LED untuk keempat-empat sudut.

Selain daripada itu, senarai perubahan diteruskan dengan naiktaraf brek hadapan, tayar daripada Michelin, skrin paparan LCD dan handlebar aluminium yang lebih tirus.

 


Tatkala Yamaha MT-09 2021 menerima enjin baharu bersesaran lebih besar, Yamaha MT-07 pula mengekalkan enjin parallel-twin 689 cc dengan angka output 75 hp dan 67.7 Nm daya kilas.

Namun, Yamaha tetap mendatangkan beberapa ciri seperti ECU yang dipertingkatkan, tetapan pancitan bahan api yang dioptimasi, saluran udara baharu serta sistem ekzos 2-1.

Menurut Yamaha, perubahan ini menjanjikan pengedaran kuasa yang lebih linear dan lebih lancar.

 


Yamaha MT-07 masih menggunakan sistem suspensi fork hadapan teleskopik 41 mm hadapan, penyerap hentak tunggal boleh laras di belakang, serta set roda aloi bersaiz 17 inci.

Sistem brek pula terdiri daripada sepasang cakera 298 mm dengan angkup dua omboh di hadapan, serta cakera 245 mm tunggal dengan angkup omboh tunggal di bahagian belakang, dibantu dengan ciri ABS.

Harga jualan bermula dari $7,699 (RM32,089).