Yamaha Motor Collection Hall Amsterdam - antara yang wajib dilawati satu hari nanti!

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda berkesempatan untuk melawat Amsterdam satu hari nanti, usah lepaskan peluang untuk melawati salah satu tempat yang menarik dan bersejarah di sana.
Modenas

Ya, kami tidak maksudkan senarai muzium yang amat panjang di sana, akan tetapi sebuah muzium (baca:garaj) yang menempatkan barisan motosikal Yamaha, pertama dan seumpamanya dibuka di luar negara kelahirannya Jepun.

Yamaha Motor Collection Hall dibuka secara rasmi pada 25 September 2019 dan maaf, garaj ini sebenarnya tidak dibuka kepada umum buat masa ini. 

 


Garaj ini mempamerkan koleksi motosikal ikonik serta barisan jentera Yamaha yang menguasai pelbagai disiplin sukan permotoran seperti YZE750 yang ditunggang oleh Stephane Peterhansel di Rali Dakar 1991, dan juga YZF450F milik Stefan Everts pada Kejuaraan Motocross Dunia 2006. 

Antara yang menyerlah sudah tentu jentera R1 yang dikendalikan oleh Ben Spies dan jentera ini telah membantu beliau menjuarai World Superbike Championship pada tahun 2009. 
 


Menurut presiden Yamaha Eropah ketika ditanya tujuan asal pembukaan 'muzium' itu, "ia adalah bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada para jurutera dan pereka untuk menghasilkan karya yang lebih kreatif pada masa hadapan."

Jadi, banyak-banyakkan berdoa supaya Yamaha Motor Collection Hall ini dibuka kepada umum suatu hari nanti supaya cerita-cerita kegemilangan Yamaha suatu ketika dahulu akan sampai kepada generasi-generasi baharu. 

 


Sumber: RideApart

Add new comment