Di sesetengah pasaran seperti UK, model tersebut dijual dibawah nama RD250 dan RD350.
Mungkin anda tidak menyangka bahawa Yamaha sebenarnya sedang merancang sesuatu untuk kedua-dua motosikal tersebut pada tahun 2023 selepas beberapa dekad berlalu.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pejabat pendaftaran paten, Yamaha Jepun telah memohon pendaftaran untuk kedua-dua nama RZ250 dan RZ350 pada 12 April yang lalu.
Permohonan tersebut dibuat di bawah kelas 12 yang merangkumi klasifikasi pendaftaran untuk motor dan enjin kenderaan darat, komponen transmisi dan gandingan untuk kenderaan darat, kenderaan kawalan jauh selain mainan, serta komponen kenderaan.
Dengan kemunculan pendaftaran tanda dagang RZ250 dan RZ350, ini menguatkan lagi berita bahawa Yamaha sedang berusaha untuk menghidupkan kembali kedua-dua nama lagenda tersebut.
Cuma yang pasti, dengan peraturan pelepasan emisi yang semakin ketat, amat mustahil untuk Yamaha tampil dengan enjin dua lejang seperti model terdahulu.
Besar kemungkinan kedua-dua RZ250 dan RZ350 itu akan dihidupkan kembali sebagai motosikal moden dengan penggayaan retro-futuristik. Atau mungkin sekali lahir sebagai motosikal elektrik. Siapa sangka, kan?
Apapun, itu semua hanyalah spekulasi semata-mata, dan kita harus sabar menunggu informasi lanjut daripada Yamaha.