Yamaha Lifestyle Station - pusat sehenti gaya hidup Yamaha di Sungai Buloh

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-40 semenjak memulakan operasi di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor hari ini telah merasmikan pembukaan Yamaha Lifestyle Station yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di bawah satu bumbung yang bukan sahaja menempatkan pusat pameran dan servis serta alat ganti, ia turut menampilkan sebuah konsep baharu yang menggabungkan perniagaan Yamaha yang lain seperti HLY Marine, Yamaha Music Malaysia serta Hong Leong Bank itu sendiri. 

 


Menerusi pembukaan Yamaha Lifestyle Station ini, HLY mahukan sebuah pusat sehenti yang menawarkan pengalaman pemilikan yang unik, serta lokasi yang menarik untuk dikunjungi oleh pelanggan dan pengunjung Yamaha. 

Yamaha Lifestyle Station menampilkan pusat pameran motosikal terbesar di Malaysia, dengan keluasan sehingga 13,000 kaki persegi dan mempamerkan senarai model motosikal semenjak tahun pertama operasi HLY (1979). 
 


Terdapat juga sudut yang mempamerkan sejarah penglibatan sukan permotoran Yamaha, serta Gen Blu Cafe yang menawarkan pelbagai sajian menarik untuk dinikmati ketika berkunjung ke sini. 

Berhadapan dengan Gen Blu Cafe terdapat sudut jualan barangan Yamaha serta cenderahati Doxou, selain model diecast motosikal paling popular di Malaysia, Y15ZR dan 125ZR. 
 


Di bahagian tingkat atas pula terdapat META - Motorcycle Education & Training Academy Centre yang menempatkan kelas serta pusat latihan khusus buat para pengedar bagi mendapatkan latihan berkenaan sesebuah produk yang dilancarkan di Malaysia. 

Kesemua perkara di atas merupakan sebahagian daripada projek Fasa 1 yang dirancang oleh Hong Leong Yamaha Motor Malaysia, di mana Fasa Kedua pula bakal menempatkan sebuah muzium pameran yang lebih besar berbanding sedia ada. 
 


Ini bermakna, Malaysia bakal memiliki Muzium Motosikal Yamaha tersendiri dan ia bakal direalisasikan menjelang tahun hadapan. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…
Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…