Yamaha lancar FZ baharu 21 Januari ini?

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin ramai yang terlepas pandang akan perkara ini, namun pengeluar motosikal daripada Jepun, Yamaha bakal melancarkan motosikal baharu pada 21 Januari ini di India.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Besar kemungkinan model baharu tersebut adalah Yamaha FZ V 3.0 berdasarkan beberapa buah keping gambar intipan yang diperoleh.  
 


Butiran lanjut berkenaan model ini masih lagi samar, namun Yamaha dikatakan bakal melengkapkan FZ baharu ini dengan lampu utama jenis LED, selain menerima pembaharuan rekaan bagi menampakkan rupa yang lebih agresif. 

Selain daripada itu, versi ketiga FZ ini juga akan turut menerima ciri ABS sebagai peralatan standard dan mengekalkan penggunaan enjin bersesaran 149 cc. 

Namun, enjin silinder tunggal tersebut bakal mematuhi peraturan pelepasan emisi Bharat Stage VI (BSVI) atau Euro 6. 

Sumber: iMotorbike