"Jumlah pelanggan muda di India semakin meningkat dan negara ini sendiri mempunyai lebih banyak penduduk," terang Shitara.
"Sasaran pengeluaran Yamaha di India ialah 2.5 juta unit dalam masa lima tahun ini. Buat masa sekarang, Yamaha India menghasilkan 1.7 juta unit untuk jualan domestik dan juga untuk dieksport ke Indonesia," tambah beliau.
"Setiap tahun, India menjual sebanyak 20 juta kenderaan dua roda dan jumlah itu semakin meningkat. Pegangan pasaran untuk Yamaha India masih dalam satu digit sahaja dan kami mahu berusaha untuk meningkatkan penjualan," kata Shitara ketika ditemuramah oleh The Economic Times semasa pelancaran Yamaha MT-15 yang dijual di sana dengan harga RM8,000 (gambar di bawah).
Dalam tahun 2018, India menjual sebanyak 19,740,727 unit, peningkatan sebanyak 6.95 peratus.
Yamaha India menjual sebanyak 732,006 unit dalam tempoh yang sama - tidak berganjak dari tahun sebelumnya. Ia juga mengeksport sebanyak 226,010 unit.
Shitara mahu memberi fokus kepada imej yang lebih kukuh bagi jenama Yamaha di India.
* Laporan asal dari The Economic Times India