Untuk permulaan, Yamaha India menawarkan aksesori yang paling murah berbentuk pad pelindung pada bahagian tangki (berharga Rs 190 atau RM10.72) yang bukan sahaja menjadikan penampilan lebih sporti, akan tetapi mampu meningkatkan kadar 'cengkaman' antara kaki dan tangki untuk tunggangan yang lebih serius.
Selain itu, pemilik Yamaha R15 V4 ini juga boleh mendapatkan frame slider (Rs 1,650 atau RM93.09) yang dipasang secara terus pada bahagian bawah panel reraup, serta lengkap dengan kepingan tahan lelasan dan hiasan huruf YZF-R di bahagian tengah.
Untuk ergonomik tunggangan, disediakan naik taraf tuil klac dan brek yang boleh laras serta didatangkan dalam warna anodized blue, dengan harga bermula dari Rs 950 (RM53.60), dan boleh disesuaikan dengan komponen pelindung tuil klac berwarna serupa pada harga Rs 900 (RM50.78).
Tidak ketinggalan, slot pengecasan USB yang boleh didapati pada harga Rs 750 (RM42.32).