Yamaha hentikan penjualan YZF-R6!

oleh Mohamad Hanif|
Selepas 21 tahun berada di pasaran, Yamaha akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan penjualan model sportsbike Yamaha YZF-R6 yang akan berakhir selepas model tahun 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berita mengejutkan ini hadir di mana Yamaha turut sama menghentikan penjualan beberapa buah model seperti WR250R dan VMAX disebabkan regulasi pelepasan emisi yang semakin ketat, serta faktor penjualan yang tidak memberangsangkan, terutama segmen supersport 600cc.

Atas sebab itu, Yamaha merasakan adalah tidak berbaloi untuk menaiktaraf jentera R6 sekadar untuk memenuhi regulasi pelepasan emisi Euro5 yang semakin ketat.

 


Langkah ini bukanlah satu perkara yang baharu, memandangkan Honda juga sebelum ini turut sama menghentikan penjualan model CBR600RR yang disebabkan oleh faktor emisi.

Walaupun tidak lama selepas itu Honda memperkenalkan CBR600RR yang diperbaharui, ia hanya dijual di pasaran Jepun dan Australia memandangkan jentera tersebut masih lagi tidak memenuhi regulasi Euro5.

Yamaha YZF-R6 diperkenalkan pada tahun 1999 sebagai sebuah versi supersport kepada jentera superbike YZF-R1 dan merupakan motosikal 600 cc empat lejang pertama di dunia yang mampu mencapai kuasa setinggi 100 hp dalam keadaan standard.

 


Kemaskini terakhir yang dilakukan adalah pada tahun 2017 di mana enjin bersesaran 599 cc itu mampu menjana 116.8 hp @ 14,500 rpm dan daya kilas 61.7 Nm pada putaran enjin 10,500 rpm.

Sistem suspensi turut mendapat naiktaraf kepada unit KYB 43 mm jenis terbalik boleh laras sepenuhnya, serta sistem penyerap hentak KYB belakang, juga dengan tetapan boleh laras sepenuhnya.

Sistem brek pula diambil secara terus daripada Yamaha YZF-R1 yang dibantu dengan ciri ABS, kawalan cengkaman dan enam mod tunggangan.

 


Selamat jalan, Yamaha YZF-R6!

Sumber: Motorcycle.com

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…
Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…