Yamaha FZS-FI, siri FZ baharu untuk India dengan harga dari RM5.6k

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebelum lahirnya motosikal super moped seperti Yamaha Y15ZR, Honda RS150R, Benelli RFS150i dan SYM VF3i pengguna dihidangkan dengan motosikal naked Yamaha FZ150i.

Motosikal ini menjadi kegemaran penunggang untuk berulang alik ke tempat kerja dari bandar ke bandar.

Siri naked begini mempunyai dua model utama dengan satu lagi dikenali sebagai Byson di Indonesia dan FZ16 di India. FZ150i turut dikenali dengan nama Vixion di Indonesia.

Di pasaran tempatan FZ150i sudah dihentikan sementara di India pula generasi ketiga yang dikenali sebagai FZ-FI dan FZS-F1 diperkenalkan pada 22 Januari 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Yamaha FZS-FI

FZ-FI dilengkapi enjin 149cc BLUE CORE berkuasa 13 hp pada 8,000 rpm dan tork 12.8 Nm pada 6,000 rpm dengan kotak gear lima kelajuan. Kapasiti tangki minyak ialah 12.8 liter.

Dari segi reka bentuk, FZ-FI tampil dengan gaya maskular dan tunggangan selesa. Motosikal ini dibangunkan di bawah konsep Urban Fighter dan disasarkan kepada pelanggan di India dalam usia 20an yang sukakan gaya dan keperkasaan untuk tunggangan di dalam bandar.

FZ-FI dilengkapi dengan brek ABS single channel di depan manakala brek belakang pula jenis cakera hidraulik. Saiz tayar roda ialah 17 inci dengan tayar 100/80 di depan dan 140/60 di belakang.

Perbezaan di antara FZ-FI dengan FZS-FI ialah pada pelindung bawah enjin dan plat saluran udara bercorak besi. 

Yamaha FZS-FI

Yamaha mensasarkan untuk menjual 300,000 unit FZ-FI dan FZS-FI di India dengan masing-masing ditawarkan pada harga INR95,000 (RM5,637) dan INR97,000 (RM5,756).

Mesikpun motosikal ini tidak dijual di negara kita, pengguna tetap ditawarkan dengan pilihan yang baik iaitu YZF-R15.

Satu segmen berbeza atau masih ramai yang mahukan motosikal naked dengan tunggangan relaks seperti FZ-FI ini?

Berdasarkan pendapat penulis tidak kurang yang gemarkan atau rindukan FZ kerana ia bukan super moped dan bukan model sport fairing penuh.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit/sumber foto: Yamaha

Yamaha FZ-FI