Yamaha EZ115 2023 rasmi, 114 cc, 8.7 PS, 9.5 Nm, dari RM5,598

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor baru sahaja melancarkan model motosikal moped baharu Yamaha EZ115 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggantikan peranan model Lagenda yang telah dihentikan produksi, EZ115 menjanjikan prestasi tunggangan yang lebih baik serta mudah untuk digunakan dalam urusan harian.
 

ez


Ia dikuasakan enjin silinder tunggal sejukan udara SOHC bersesaran 114 cc  dengan teknologi suntikan bahan api yang mampu menghasilkan 8.7 PS @ 7,000 rpm dan daya kilas 9.5 Nm @ 5,500 rpm, dipadankan dengan transmisi rotari empat kelajuan.

Menurut Yamaha, EZ115 menjanjikan tahap pecutan yang baik, penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan, serta struktur kerangka ringan yang mampu menawarkan keseimbangan tunggangan seharian.
 

EZ


Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 3.9 liter, sementara tinggi tempat duduk adalah sekitar 775 mm.

Sistem gantungan depan menggunakan fork teleskopik, diikuti dengan lengan ayun dan penyerap hentak berkembar di bahagian belakang.

Aspek pemberhentian moped ini menggunakan brek cakera tunggal di hadapan, diikuti dengan brek gelendong di belakang.
 

EZ


Yamaha EZ115 menggunakan rim bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar 70/90 di depan dan 80/90 di bahagian belakang.

HLYM menawarkan sehingga tiga warna pilihan, iaitu merah, biru dan cyan.

Yamaha EZ115 2023 boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula 16 Januari 2023, dengan harga jualan bermula dari RM5,598 tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans.