Yamaha Exciter 155 2021 - Y15ZR Vietnam dengan penampilan baharu

oleh Mohamad Hanif|
Mengakhiri tirai tahun 2020 adalah pelancaran rasmi model serba baharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 di pasaran Vietnam malam tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model yang lebih dikenali dengan Y15ZR di pasaran Malaysia ini dilihat mendapat perubahan yang lebih besar dari segi penampilan, serta turut merangkumi aspek mekanikal motosikal moped itu sendiri.

 


Yamaha Exciter 155 2021 ini dikuasakan oleh enjin 155 cc yang sama digunakan pada model Yamaha MT-15 dan R15, iaitu enjin silinder tunggal yang menghasilkan 17.7 hp dan daya kilas 14.4 Nm pada putaran enjin 8,000 rpm.

Ia digandingkan dengan transmisi enam kelajuan serta dibantu dengan klac slip & assist bagi memastikan penukaran gear yang lebih lancar.

 


Jika anda perhatikan dengan lebih teliti, reka bentuk dan penampilan Yamaha Exciter 155 2021 ini ternyata berbeza berbanding model terdahulu, dimulakan dengan rekaan lampu utama yang lebih kecil, diikuti dengan lampu nyalaan siang LED pada bahagian bawah dan lampu membelok di bahagian sisi yang tertanam.

Panel badan juga adalah serba baharu, di mana rekaan pelana juga telah diberikan nafas baharu dan lampu belakang pula dikatakan mendapat inspirasi daripada model R1.

 


Segala paparan informasi seperti kelajuan, kedudukan gear, odometer dan kapasiti tangki bahan api boleh dibaca menerusi paparan LCD digital serba baharu.

Terdapat sehingga tiga versi yang ditawarkan oleh Yamaha Vietnam, di mana hanya versi Premium sahaja yang menerima kelengkapan seperti angkup brek hadapan dua omboh, sistem kekunci pintar dan soket pengecasan peranti pintar 12V, manakala GP Edition pula didatangkan dalam grafik khas berwarna biru.

Harga jualan bermula dari 46.99 juta Dong sehingga 50.49 juta Dong (RM8,239 hingga RM8,853).

Berita Berkenaan

Berita Global
Manakan tidaknya, Yamaha didapati masih lagi kekal berdegil dengan penggunaan enjin asal 150 cc…