Yamaha Ego Solariz kini dengan warna baharu, harga kekal dari RM5,234

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor Malaysia hari ini mengemaskini penawaran skuter automatik 125 cc Yamaha Ego Solariz sebelum tahun 2019 melabuhkan tirainya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam empat warna baharu yang menarik, Yamaha Ego Solariz kini boleh didapati dalam warna Cyan, Emas, Merah dan juga Biru. 

Seperti biasa, tiada sebarang perubahan teknikal dibuat ke atas enjin di mana Ego Solariz masih kekal dengan enjin empat lejang SOHC sejukan udara bersesaran 125 cc. 

Enjin tersebut mampu menjana 9.4 kuasa kuda dengan daya kilas sebesar 9.6 Nm yang memacu roda belakang menerusi tali sawat-V automatik. 

Sistem penghidup masih memakai jenis elektrik/tendang dengan kapasiti tangki bahan api sebesar 4.2 liter. 

Untuk pasaran Malaysia, harga jualan Ego Solariz masih kekal pada RM5,234 atas jalan tanpa insurans, cukai jalan serta nombor pendaftaran. 

Rakyat Malaysia yang berminat boleh mendapatkan unit masing-masing di pengedar Yamaha bertauliah bermula bulan ini.