Yamaha bawakan dua skuter elektrik di Tokyo Motor Show 2019

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada kemeriahan barisan kereta-kereta konsep, Tokyo Motor Show 2019 turut menerima pengesahan daripada Yamaha bagi mempamerkan dua buah skuter elektrik baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melihatkan kepada gambar di atas, ia adalah Yamaha E01 yang mempunyai spesifikasi menyamai skuter bersesaran 125 cc di dalam pasaran.

Menurut Yamaha, skuter E01 ini menjanjikan tahap praktikaliti dan tunggangan yang jauh lebih baik berbanding skuter sedia ada. 

Aspek tunggangan dibantu oleh penggunaan fork teleskopik hadapan serta penyerap hentak tunggal gas di bahagian belakang, manakala aspek pemberhentian skuter ini diserahkan kepada brek cakera ABS depan dan belakang. 
 


Sebuah lagi skuter elektrik kecil yang bakal diperkenalkan ialah Yamaha E02, denga spesifikasi menyamai skuter 50 cc. 

Menggunakan idea daripada skuter elektrik Gogoro, Yamaha E02 akan tampil dengan ciri bateri boleh ditukar, dan berkemungkinan besar ciri pengecasan pantas tidak akan ditawarkan pada skuter ini. 

Ini menjadikan rekaan Yamaha E02 jauh lebih ringan dan ringkas berbanding abangnya E01. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Inisiatif ‘sifar emisi’ tersebut dimulakan oleh Agensi Sains dan Teknologi Industri (sebahagian…
Berita Global
Adakah ianya lebih moden, futuristik dan memudahkan kehidupan seharian seperti apa yang digambarkan…
Berita Global
Subaru WRX STi EJ20 Final Edition menggunakan model WRX STI Type S edisi khas untuk pasaran Jepun…