Yamaha bangunkan sistem bunyi khusus αlive untuk motosikal elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Anda mungkin sudah pun melihat video kami berkenaan sebuah Yamaha Y15ZR yang telah diubah trenkuasanya menjadi sebuah motosikal elektrik sepenuh masa yang dimuatnaik beberapa hari yang lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jelas sekali, motosikal elektrik menawarkan pecutan yang sukar dialami pada motosikal konvensional, namun satu masalah yang ketara kita semua tahu - bunyi.

Walaupun motor elektrik mampu menghasilkan bunyi tersendiri, tiada bunyi ekzos yang lahir daripada trenkuasa elektrik, menjadikan tunggangan yang agak senyap, dan sukar pula untuk pejalan kaki dan pengguna jalan raya yang lain mengesan kehadiran kita di atas jalan.
 

YAMAHA


Melihat kepada perkara tersebut, Yamaha yang terkenal dengan pembangunan enjin V10 LFA selain memiliki kepakaran menghasilkan alat muzik tampil dengan penyelesaian yang digelar sebagai αlive.

Menurut salah satu ahli dalam pasukan αlive Yamaha, Hideo Fujita menjelaskan, untuk mencipta apa jua bunyi tidak menjadi satu masalah, namun bagi mereka yang paling penting adalah bagaimana untuk menghasilkan bunyi yang sebenar.

 


Untuk itu, pasukan αlive melakukan eksperimen bagi menentukan bunyi apakah yang terbaik untuk diletakkan sekiranya penunggang memulas pendikit, dan bagaimana pula rangka dan komponen motosikal yang lain boleh digunakan untuk menguatkan lagi frekuensi bunyi yang terhasil.

Konsep yang diperlihatkan oleh αlive AD sebenarnya adalah hampir sama dengan apa yang jurutera Yamaha buat terhadap Lexus LFA, dimana pemandu itu sendiri duduk di tengah-tengah sistem bunyi yang harmoni dihasilkan daripada enjin 1LR-GUE V10 itu.

 


Sama-sama kita nantikan bagaimana pula hasil kerja Yamaha untuk diaplikasikan terhadap motosikal elektrik.

Untuk mereka yang terlepas, boleh saksikan video kami berkenaan Y15ZR elektrik menerusi pautan di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…
Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…