Yamaha 135LC Fi terima 4 warna baharu - Cyan, White, Navy dan Blue untuk SE

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan empat pilihan warna baharu untuk tahun 2023 bagi model Yamaha 135LC Fi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula hari ini, para pelanggan kini boleh mula mendapatkan tiga warna baharu untuk versi standard iaitu Cyan, White, Navy dan satu untuk versi SE iaitu Blue.

2

Selain warna baharu, spesifikasi masih dikekalkan sama, di mana ia dikuasakan enjin silinder tunggal 135 cc dengan suntikan bahan api yang mampu menghasilkan 12.5 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 12.2 Nm @ 6,000 rpm, serta mematuhi piawaian emisi Euro 4.

Khusus untuk pembeli baharu juga, setiap pembelian kini ditawarkan dengan kunci cakera Yamaha bernilai RM100, manakala pembeli versi SE akan menerima tambahan aksesori Sports Visors dan bakul premium.

3

Warna baharu bagi Yamaha 135LC Fi kini boleh didapatkan di semua pengedar sah dengan harga disyorkan bermula dari RM8,298 hingga RM8,798.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bersempena dengan pencapaian tersebut, HLYM turut memperkenalkan sebuah model edisi terhad Yamaha…
Berita Domestik
Produk ATAS, atau nama penuhnya Accidental Throttle Activation Safety ini dikatakan mampu…