Yamaha 135LC FI 5MRO Malaysian Edition - rai pencapaian produksi 5 juta unit HLYM, harga RM9,198

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak memulakan operasi pemasangan motosikal di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor kini meraih satu pencapaian penting dengan produksi motosikal berjumlah lima juta unit.

Bersempena dengan pencapaian tersebut, HLYM turut memperkenalkan sebuah model edisi terhad Yamaha 135LC FI 5MRO Malaysian Edition untuk pasaran tempatan.
 

135


Dengan produksi berjumlah 5,000 unit sahaja, setiap satu model Yamaha 135LC FI 5MRO Malaysian Edition ini didatangkan dengan nombor siri unik bermula 5,000,001 hingga 5,005,000, bakul premium Yamaha serta sijil pemilikan sah.

Dari segi kuasa, 135LC Fi ini kekal dengan enjin silinder tunggal bersesaran 135 cc dengan suntikan bahan api yang mampu menjana kuasa 12.5 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 12.2 Nm @ 6,000 rpm, serta mematuhi piawaian emisi Euro 4.
 

5MRO


Ia dipadankan dengan transmisi empat nisbah kelajuan, dengan kapasiti tangki 4.6 liter yang lebih besar untuk tunggangan yang lebih jauh dan selesa.

Harga jualan bermula dari RM9,198 tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans. Setiap pemilik model baharu ini akan turut menerima kunci brek cakera secara percuma dan jaket Bomber 5MRO secara eksklusif.

Baca: Yamaha 135LC FI 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermakna, ia tidak akan muncul sebagai sebuah kereta produksi dalam masa terdekat. Namun dalam…
Berita Global
Ia muncul pada pertengahan bulan Julai tahun lepas di mana rekaannya banyak diinspirasikan daripada…
Berita Global
Disebabkan gangguan bekalan komponen dan alat ganti automotif, Toyota pada September lalu membuat…