Yamaha 135 LC 2021 dengan empat warna baharu - harga kekal (RM6,868 - RM7,118)

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) membuka tirai tahun 2021 dengan membawakan kemaskini warna baharu terhadap penawaran motosikal Yamaha 135 LC 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Empat warna baharu yang dimaksudkan adalah Yamaha Blue, Fiery Red, Metallic Cyan serta warna edisi khas Stealth Gold.

 


Harga jualan juga tidak berubah, kekal  pada tanda harga bermula dari RM6,868 manakala model Special Edition pula dijual bermula dari RM7,118, kedua-dua merupakan harga atas jalan tanpa insurans dan cukai pendaftaran.

Dari segi kuasa, Yamaha 135 LC masih mengekalkan nadi asal, iaitu enjin 134 cc silinder tunggal sejukan cecair yang mampu menghasilkan 8.93 kW dan 11.79 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi empat kelajuan jenis berputar.

 


Sistem suspensi pula adalah jenis teleskopik di bahagian hadapan, monoshock di bahagian belakang, sementara sistem brek pula adalah jenis cakera untuk roda hadapan dan gelendong dram untuk roda belakang.

Yamaha menawarkan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana terdahulu, dan setiap pembelian akan disertakan dengan Yamaha Disc Lock bernilai RM100 secara percuma.