Y-suku Carbon dari Kuantan

oleh HEZERI SAMSURI|
Sejak Yamaha melancarkan super kapcai Y 15ZR dalam tahun 2015, ia terus menjadi kapcai idaman ramai.

Malah, para superbiker juga terpengaruh dan membeli motosikal Yamaha itu untuk modifikasi. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Walaupun motosikal kapcai tidak mempunyai geometri yang menarik untuk menjanjikan tunggangan yang sebaik motosikal biasa (tangki di atas seperti RX-Z dan FX 150), ramai pengguna di Malaysia sukakan praktikaliti sebuah kapcai.

Untuk Y-15ZR, wujudnya aksesori-aksesori dari syarikat lain membantu menjadikan model ini antara yang paling popular di wilayah Asia Tenggara.

 

 

Cara modifikasi juga ada yang ekstrem kepada bentuk dan ada yang ke arah prestasi.

Kali ini, jurufoto Shah Adam pulang ke kampung halaman beliau di Kuantan untuk melihat sebuah contoh Y-15ZR yang telah mengalami proses kustom yang kemas dan cantik.

Dimiliki oleh ahli perniagaan Saiful Azri atau lebih dikenali sebagai Epul, 33 tahun, Y-15ZR ini dibeli untuk menggantikan Yamaha RX-Z beliau.

 

 

Berasal dari Setiu, Trengganu dan kini menetap di Kuantan bersama isterinya, Epul melakukan modifikasi ektrem kepada enjin dan juga secara kosmetik.

Kos keseluruhan yang telah dihabiskan beliau ialah dalam lingkungan RM30,000 dan seperti yang anda lihat, memang berbaloi.

 

 

Antara kelengkapan yang disenaraikan oleh Epul ialah:

- Piston "forged" Wiseco 68mm
- Arata Racing Crankshaft Jack up 6mm
- UMA Superhead Pro 
- Sistem kawalan komputer ECU=SHOP 
- Ekzos "open" titanium King Drag

 

 

- Penyerap hentak Ohlins
- Roda aloi RCB FG510
- Brek Brembo dari Suzuki GSX-R
- Lengan ayun aloi King Drag
- Coverset Exciter 2019 carbon-fibre

Menarik bukan? 

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…