Xpander Malaysia akan dipasang di Pekan: jangka lancar suku pertama 2020

oleh HEZERI SAMSURI|
Mitsubishi Xpander, SUV kompak tujuh tempat duduk yang popular di negara-negara Asean akan dipasang juga di Malaysia untuk pasaran domestik.

Menurut sumber-sumber Careta, Xpander tidak akan menurut langkah-langkah model CKD lain (Outlander dan AASX) dari Mitsubishi yang dipasang secara kontrak di kilang Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) di Setapak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dikatakan akan menggunakan perkhidmatan DRB-Hicom sepenuhnya di Pekan untuk pemasangan model Xpander tersebut.

DRB-Hicom mempunyai beberapa fasiliti pemasangan kenderaan di Pekan. Antara jenama yang menggunakan perkhidmatan tersebut ialah Volkswagen, Isuzu, Mercedes-Benz (rakan kongsi bersama Daimler) dan dahulu ia juga pernah memasang kenderaan dari Suzuki.

Sumber Careta juga berkata Xpander kemungkinan besar akan dilancarkan di Malaysia seawal hujung suku pertama tahun 2020.

"Projek Xpander CKD sudah mula dibincangkan seawal tahun 2018 lagi sebenarnya," ujar beliau.

Careta mengsyakki MMM tidak mahu menggunakan khidmat TCMA kerana Nissan juga akan menggunakan Mitsubishi Xpander sebagai pengganti model Grand Livina mereka.

Walaupun kedua-dua jenama itu berada di bawah satu payung, mereka mempunyai pengedar yang berlainan di Malaysia. Nissan dipasang dan diedarkan oleh Edaran Tan Chong Motors sementara Mitsubishi pula di bawah MMM yang dimiliki oleh Mitsubishi Jepun dan DRB-Hicom.

"Mungkin ada isu conflict of interest di situ," ujr seorang lagi sumber Careta yang rapat dengan projek tersebut.

Pemasangan Xpander akan menggunakan fasiliti yang pernah memasang kenderaan Suzuki di Pekan sementara proses cat pula akan menggunakan fasiliti yang dikongsi bersama Volkswagen.

Mitsubishi melancarkan Xpander secara global pada Julai 2017 di Jakarta. Model MPV kompak itu dihasilkan dan dikilangkan di Indonesia dan dieksport ke Filipina, Thailand, Vietnam, Bolivia, Bangladesh, Mesir dan Sri Lanka.

Baru-baru ini, Mitsubishi melancarkan pula Xpander Cross, sebuah SUV yang berdasarkan MPV Xpander yang sama.

Mitsubishi juga merancang untuk mengeksport Xpander Cross itu ke seluruh dunia.

Secara tidak langsung, Indonesia kini menjadi antara hab automotif di mana banyak kenderaan dipasang dan dieksport ke serata dunia.

Diharapkan Malaysia yang mempunyai tiga syarikat kereta nasional, sebuah syarikat motosikal nasional, satu litar antarabangsa bertaraf MotoGP dan Formula 1, Dasar Ekonomi Automotif yang memandang ke hadapan serta Perdana Menteri yang meminati kereta ini mampu menandingi Indonesia dan Thailand dalam industri tersebut.

Berita Berkenaan

Berita Global
Persaingan sengit masih lagi berlaku di antara dua model yang paling popular, iaitu Mitsubishi…
Berita Global
Direka sebagai sebuah crossover yang menggandingkan praktikaliti sebuah MPV dengan ciri jarak…
Berita Global
Di Indonesia, pasaran Low Multipurpose Vehicle (LMPV) kini sememangnya sangat sengit dengan model-…