Xmax Owners Club Malaysia jelajah Pantai Timur 27-29 September ini!

oleh Mohamad Hanif|
Pada 27-29 September ini, para pemilik dari Xmax Owners Club Malaysia melancarkan prgoram XOCM Ganu East Coast Ride bermula dari Hong Leong Yamaha Sungai Buloh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kira-kira 200 orang pemilik skuter Xmax telah berkumpul dari seluruh negara termasuklah Singapura dan Thailand dan mereka dijadualkan akan bertolak pagi ini dengan Petronas RnR Bentong (Arah Timur) sebagai titik permulaan.

 


Konvoi skuter ini akan singgah di beberapa tempat popular di sekitar pantai timur seperti HLY Lifestyle Point Kuantan, Pantai Batu Burok, Tasik Kenyir, Kenyir Elephant Conservation Village, Zon Bebas Cukai, Kilang Rempah Cap Bunga Rose. 

Tidak dilupakan, sesi bergambar beramai-ramai yang akan diadakan di Jambatan Angkat pada keesokan harinya di sebelah petang. 

 


Kami di Careta mengucapkan selamat berkonvoi kepada para pemilik Xmax dan semoga perjalanan pergi dan pulang selamat semuanya. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mereka yang mempunyai lesen memandu di Jepun juga memang sudah secara automatik dibenarkan untuk…
Berita Domestik
Acara Honda Skuterama Edisi 2 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuklah jualan barangan,…
Pelancaran Motosikal
Tuscany 150 tampil dengan reka bentuk gabungan antara klasik dan moden, yang pastinya sesuai dengan…