XMAX 2021 akan terima perubahan besar

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengganti model Yamaha XMAX bakal menerima pelbagai perubahan besar agar ia akan kekal relevan kepada pasaran Eropah khususnya.

Menurut media-media barat, Yamaha akan melakukan perubahan dari segi rekabentuk serta penambahan ciri-ciri kelengkapan.

Perubahan terbesar ialah enjin 4-lejang itu akan dipastikan mampu melepasi piawaian pelepasan asap Euro 5.

Ini ialah kerana negara-negara Eropah akan mengetatkan lagi kawalan pelepasan asap dan jika kenderaan baharu yang dijual tidak menepati ciri-ciri itu, ia tidak akan dibenarkan masuk.

Skuter maxi popular dari Yamaha itu sekarang ini dijual di Eropah dan juga di Asia Tenggara. 

Indonesia ialah penghasil utama untuk komponen-komponen XMAX dan dieksport ke serata dunia termasuk Malaysia untuk dipasang oleh Hong Leong Yamaha.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
YZF-R7 2026 bukan sekadar kemas kini kecil, tetapi membawa beberapa penambahbaikan besar yang…
Pelancaran Motosikal
Antara pembaharuan utama yang ditawarkan oleh TMAX Tech Max 2025 termasuk: Rekaan hadapan…
Pelancaran Motosikal
XMAX 2025 tampil dengan rekaan luaran lebih anggun dan maskulin, disempurnakan dengan ciri-ciri…