Xiaomi tubuh unit EV tersendiri - Xiaomi EV Inc

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat peranti pintar gergasi China, Xiaomo dalam satu kenyataan Rabu lalu telah melengkapkan pendaftaran rasmi bagi unit kenderaan elektrik, sekaligus menandakan kejayaan mereka untuk menceburkan diri dalam sektor automotif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Unit baharu yang dinamakan sebagai Xiaomi EV Inc itu dibuka dengan modal berdaftar sebanyak 10 bilion yuan (RM6.43 juta) yang diketuai oleh CEO Xiaomi Lei Jun.

Setakat ini, Xiaomi EV Inc mempunyai kekuatan tenaga pekerja seramai 300 orang dan angka itu bakal bertambah dalam masa terdekat.

Pengeluar peranti pintar kedua terbesar di dunia dibelakang Samsung sebelum ini telah mengesahkan mereka bakal memasuki arena kenderaan elektrik dengan nilai pelaburan $10 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Sebelum ini, Xiaomi telah mengumumkan pengambilalihan syarikat teknologi swapandu Deepmotion pada 25 Ogos lalu, selain mengadakan perbincangan dengan Evergrande Group untuk mengambil alih unit automotif yang dipegang oleh syarikat tersebut (Faraday Future).

Berita Berkenaan

Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Global
Seperti biasa, spesifikasi ringkas EV pertama Xiaomi itu kini tersedia menerusi laman web…
Berita Global
Mereka dijangka akan melancarkan model EV pertama pada tahun 2024, di mana anda boleh melihat model…