Xiaomi Redmi Car - kereta pertama daripada syarikat pengeluar peranti pintar

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Xiaomi menghasilkan kereta? Biar benar? 

Benar, bagi kita ia merupakan suatu yang kedengaran agak aneh, memandangkan Xiaomi bukannya sebuah syarikat yang memfokuskan kepada penghasilkan kereta. 

Namun, harus diingat bahawa Geely juga sebenarnya berasal sebagai sebuah syarikat pengeluar peti sejuk sebelum mereka berjaya bangkit seperti apa yang kita lihat masa kini. 

SUV Xiaomi Redmi Car ini sebenarnya merupakan kerjasama antara Xiaomi dan syarikat Bestune menerusi pengenalan model T77. 
 


Menggunakan enjin 1.2 liter berkuasa turbo, ia mampu menjana kuasa sekitar 143 kuasa kuda dan daya kilas maksimum 204 Nm. 

Menariknya, ia didatangkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan. 

Tiada sebarang spesifikasi lanjut diberikan namun di China ia bakal dijual pada harga 89,000 yuan atau RM54,600 duit Malaysia. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Global
Seperti biasa, spesifikasi ringkas EV pertama Xiaomi itu kini tersedia menerusi laman web…
Berita Global
Mereka dijangka akan melancarkan model EV pertama pada tahun 2024, di mana anda boleh melihat model…