Xiaomi lancar Mi Electric Scooter Pro 2 edisi Mercedes-AMG PETRONAS F1!

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira tujuh bulan yang lalu, Xiaomi mengumumkan kerjasama dengan pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS menerusi model skuter elektrik yang digelar sebagai Mi Electric Scooter Pro 2 edisi Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kini, ia didedahkan secara rasmi dan merupakan sebuah skuter elektrik yang boleh dilipat dengan warna rasmi Mercedes-AMG PETRONAS F1 dan menjanjikan jarak operasi sejauh kira-kira 45 km.

Ia dikuasakan oleh sebuah motor elektrik 600W dan berupaya untuk mencapai kelajuan sehingga 25 km/j dan mendaki cerun pada sudut 20 darjah.

 


Pek bateri pula adalah berkapasiti 12,400 mAh yang membolehkan perjalanan sejauh 45 km sebelum ia perlu dicas kembali dalam tempoh 8-9 jam, dan dikatakan mampu mengekalkan tahap kuasa setinggi 70 peratus selepas 500 kali kitaran pengecasan dilakukan.

Rangka skuter ini diperbuat daripada bahan aloi aluminium dengan berat sekitar 14.2 kg, mampu menahan beban sehingga 100 kg serta mempunyai penarafan kalis air IP54.

 


Ciri keselamatan yang dipasang termasuklah lampu utama dengan kadar kecerahan yang tinggi, sistem brek berkembar dan ciri eABS, serta tayar pneumatik 8.5 inci yang menawarkan kadar tunggangan yang lebih selesa.

Sementara skrin kecil memaparkan kadar kelajuan dan tahap kuasa bateri dan boleh disambungkan kepada peranti pintar.

 


Seperti yang disebutkan tadi, skuter ini boleh dilipat untuk memudahkan simpanan dan membawanya ke masa sahaja.

Harga jualan Mi Electric Scooter Pro 2 edisi Mercedes-AMG PETRONAS F1 ini bermula dari 799 euro (RM3,933), sedikit mahal berbanding model standard (499 euro, atau RM2,456).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut…
Pelancaran Motosikal
Ditawarkan pada harga RM5,999 seunit, YADEA E8S Pro ini dibekalkan dengan mnotor elektrik 2.68 hp…