Xiaomi lancar Jimny kawalan jauh berskala 1:16 - boleh dikawal guna Bluetooth!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang pernah menggunakan peranti pintar Xiaomi, jenama yang berasal dari China itu bukan sahaja pengeluar peranti pintar (yang pelbagai jenis dan spesifikasi), malah turut menghasilkan pelbagai barangan elektronik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hasrat mereka cuma satu - mahu mewujudkan satu ekosistem menyeluruh di mana kesemua peranti boleh berkomunikasi sesama sendiri.

Selain daripada cerek elektrik, lampu LED pintar, CCTV, periuk nasi elektrik, robot pembersih lantai, anda juga kini boleh mendapatkan sebuah kereta SUV off-road terkenal - Suzuki Jimny!

 


Namun, ia bukanlah kereta yang boleh dipandu seharian, dan bukanlah juga kereta pintar seperti yang pernah dicanangkan sebelum ini.

Informasi yang dipetik daripada laman web Weibo baru-baru ini memperlihatkan sebuah Suzuki Jimny berskala 1:16 yang boleh dikawal menggunakan sambungan Bluetooth menerusi peranti pintar anda.

 


Terdiri daripada lebih 200 komponen yang perlu dipasang sendiri (DIY), ia menampilkan casis ladder frame yang diperbuat daripada bahan nilon tahan hentakan, serta motor elektrik yang mampu menggerakkan keeempat-empat roda off-road dan sistem suspensi jenis coil spring.

Idea untuk menghasilkan kereta pintar bukanlah satu perkara baharu, memandangkan jenama Xiaomi pernah bekerjasama dengan FAW menerusi produk SUV Bestune T77 yang boleh dikawal operasinya mengunakan arahan suara.

 


Sebelum terlupa, harga jualan Suzuki Jimny 1:16 ini bermula dari RMB199 (RM120), namun, bagi mereka yang berminat boleh mendapatkan di laman pendanaan Xiaomi eCommerce pada harga RMB179 (RM108) sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Global
Seperti biasa, spesifikasi ringkas EV pertama Xiaomi itu kini tersedia menerusi laman web…
Berita Global
Mereka dijangka akan melancarkan model EV pertama pada tahun 2024, di mana anda boleh melihat model…