Xiaomi kenalkan SU7 Ultra - model pertama gunakan enjin V8s, 1548hp

oleh Firdaus Razani|
Xiaomi Auto baru-baru ini memperkenalkan prototaip Xiaomi SU7 Ultra, semasa Ucapan Tahunan 2024 pengasas Xiaomi, Lei Jun.

Xiaomi SU7 Ultra ialah kereta pertama yang dilengkapi dengan HyperEngine V8s Xiaomi yang baharu diumumkan.

Prototaip Xiaomi SU7 Ultra itu dilengkapi dengan tiga motor dibangunkan Xiaomi, termasuk dua motor V8 dan satu motor V6, memberikan kuasa output maksimum sehingga 1548hp mengatasi Bugatti Chiron 1,479 hp.

 

su7

 

HyperEngine V8s yang dibangunkan Xiaomi mempunyai kelajuan maksimum 27,200 rpm, kuasa kuda maksimum 578, dan tork puncak 635 Nm.

Ia menjadikannya motor paling berkuasa yang dihasilkan oleh syarikat yang berpangkalan di Beijing itu.

 

su7

 

Selain itu, Xiaomi SU7 Ultra dilengkapi dengan bateri berkuasa tinggi Qilin 2.0 CATL khusus untuk perlumbaan, dengan output maksimum 1330 kW. Walaupun pada 20 peratus SoC, bateri boleh menyahcas 880 kW kuasa.

Bateri Qilin CATL mempunyai kimia fosfat besi (LFP) dan SU7 Ultra akan mempunyai pengecasan 897V dan menyokong kadar pengecasan 5.2C, bermakna kereta boleh dicas semula dalam masa kurang daripada 12 minit.

 

su7

 

Dari segi brek, ia dilengkapi dengan kaliper brek berprestasi tinggi AP Racing khusus untuk perlumbaan, menampilkan kaliper tetap enam piston forged di hadapan dan belakang, dan pad brek perlumbaan yang mampu menahan suhu melebihi 800 darjah.

Selain itu, Xiaomi SU7 Ultra menggunakan motor reverse untuk pemulihan tenaga brek, ia memberikan pemulihan daya brek maksimum 0.6G.

Dalam keadaan brek penuh, ia boleh memberikan nyahpecutan lebih daripada 2.36G, dengan jarak brek 0-100 km/j hanya 25 meter.

 

su7

 

Reka bentuk Xiaomi SU7 Ultra amat berbeza daripada SU7 standard, ia menampilkan sayap belakang gentian karbon yang besar untuk menjana sehingga 2,145 kg down force.

Selebihnya kereta juga telah diubah suai untuk struktur yang lebih aerodinamik, termasuk penambahan dua vent hadapan yang besar dan pembesaran splitter hadapan dan skirt sisi.

SU7 Ultra mempunyai ukuran dimensi 5260mm panjang, 2064 lebar dan 1406 mm tinggi, dengan jarak roda 3000m.

Ia lebih lebar dan lebih panjang, disebabkan oleh kit badan prestasinya, berbanding SU7 standard, sambil menampilkan jarak roda yang sama.

 

su7

 

Tambahan itu, Xiaomi turut menyasarkan untuk mencipta rekod baharu dalam kelas sedan elektrik empat pintu di Nürburgring.

Pada masa ini, kereta elektrik terpantas di sekitar Nürburgring ialah Volkswagen ID.R dengan masa pusingan 6:05.336 minit.

Kereta elektrik empat pintu terpantas di sekitar Nürburgring ialah Porsche Taycan Turbo GT dengan masa pusingan 7:07.55 minit.

 

su7

 

Syarikat itu menyasarkan untuk memecahkan rekod pusingan di trek legenda Nürburgring Nordschleife pada bulan Oktober.

Xiaomi pada masa ini hanya menjual Xiaomi SU7 standard di China, dengan model runcit kedua mereka menjalani ujian jalan raya.

EV prestasi tinggi China kini terdiri daripada 1247 hp Zeekr 001 FR dan 1287 hp BYD YangWang U9.

Tidak diketahui sama ada Xiaomi SU7 Ultra akan mendapat pensijilan jalan raya, tetapi dengan 1578 hp dan kelajuan maksimum 350 km/j, ia benar-benar mengatasi model yang disebutkan di atas sebagai kereta 4 pintu terpantas di dunia.

 

su7

 

SUMBER : CarNewsChina

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan tempatan, insiden berlaku sekitar jam 3:16 pagi dan rakaman video di lokasi…