XET Kelisa Cabriolet - modifikasi 100 peratus tempatan!

oleh HEZERI SAMSURI|
Sejak kami memaparkan gambar Kelisa Cabriolet di laman Facebook Careta, semakin ramai persoalan yang diajukan kepada kami berkaitan kenderaan tersebut.

Kelisa itu nampak kemas, dengan warna perak di sebelah atas dan warna British Racing Green pada bahagian lainnya. Bumbung hardtop boleh dilipat itu masuk ke bahagian belakang, menjadikan ia sebuah kereta dua-tempat duduk.

Roller-hoop besi tiub berkrom memberikan perlindungan jika kereta ini terbalik.


Tampil untuk memberi informasi konkrit berkaitan kenderaan tersebut ialah Hasrol Hashim, yang juga ketua rekabentuk untuk Perodua Myvi generasi terkini.

Menurut Hasrol, projek Kelisa XET (Experimental and Testing) cabriolet dengan folding hard-top itu dilakukan dalam tahun 2002 dan ialah hasil dari cabaran yang diberikan oleh pihak pengurusan Perodua ketika itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
kelsia cabriolet

 

Berdasarkan sebuah Kelisa, pasukan Hasrol membuat modifikasi ekstrem kepada platform tersebut.

"Bumbungnya kami buang dan untuk mengukuhkan struktur, beam besi aloi dipasang pada lantai Kelisa itu," terangnya di dalam teks email beliau.

"Saya reka bumbung boleh lipat Kelisa ini sendiri dan ia menggunakan komponen tempatan 100 peratus. Ia bukannya diambil dari Daihatsu Copen!"

Projek tersebut mengambil masa selama lapan bulan dan operasi bumbung itu lancar dan laju.


 

 

Kelisa XET itu sudah dimusnahkan kerana ia telah mencapai objektif projeknya - sebagai latihan amali dan juga untuk melihat kreativiti dan hasil pencapaian tenaga kerja di syarikat Perodua.

Projek seperti ini sering dilakukan oleh mana-mana pembuat kenderaan global. Contohnya, kumpulan R&D BMW menghasilkan trak pikap dari model M3 dan Proton juga ada menghasilkan Satria Neo Cabriolet untuk latihan R&D mereka.

Kos pembinaan yang tinggi dan pasaran yang terlalu kecil seringkali menjadi penghalang produk-produk unik ini.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…