Xavi Vierge kini pelumba pasukan Moto2 PETRONAS SRT!

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba Sepanyol, Xavi Vierge sah bakal menyertai pasukan Moto2 PETRONAS Sprinta Racing bagi musim depan manakala satu lagi slot untuk kelas pertengahan itu masih belum diumumkan secara rasmi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Vierge, 22, sebelum ini mewakili EG 0,0 Marc VDS dengan membawa rekod tiga kali penamat di podium, masing-masing pada 2017 dan 2018 selain pernah merangkul gelaran naib juara Kejuaraan Moto2 Eropah 2015.

"Saya sangat gembira dan tidak sabar untuk memulakan projek bersama pasukan ini," kata Vierge yang memasuki tahun kelima dalam kelas Moto2, musim ini.

"PETRONAS Sprinta Racing sangat menakjubkan. Mereka sudah bersaing untuk kemenangan dalam kelas Moto3 dan juga MotoGP.

"Saya berharap dapat menambahkan Moto2 bagi memburu kemenangan pada tahun depan. Potensinya sangat tinggi, saya mengenali ramai kru pasukan dan saya rasa mereka percaya yang kami boleh meraih kemenangan bersama.

 


"Saya berterima kasih kepada semua yang merealisasikan peluang ini dan saya tidak sabar untuk memulakannya. Sasaran pertama, tentunya untuk menjadi sangat kuat pada ujian musim sejuk nanti supaya kami dapat memulakan kempen baharu di Qatar untuk memburu posisi teratas."

Begitupun, pasukan belum lagi membuat pengumuman rasmi mengenai rakan sepasukan Vierge selepas pelumba tunggal kelas pertengahannya musim ini, Khairul Idham Pawi dikatakan bakal diturunkan ke saingan Moto3.

Begitupun, berdasarkan kenyataan prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali hari ini, Khairul Idham yang masih dalam proses pemulihan jari kelingking kanan dilihat bakal berlumba bersama Vierge musim depan.

"Kami tahu, musim Moto2 2019 adalah sukar dan kami berharap Khairul Idham Pawi akan pulih sepenuhnya dan dapat berlumba bersama Xavi musim depan," kata Razlan.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…