X70 - nama SUV Proton pertama!

oleh HEZERI SAMSURI|
Hari ini Proton telah menjemput media tempatan untuk melihat sendiri produk SUV pertama mereka yang menggunakan platform dari Geely, Boyue.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia juga menyaksikan pengenalan kepada nama untuk produk terbaharu ini, Proton X70 yang juga menandakan permulaan Proton untuk menggunakan nama-nama yang lebih global.

Cara penamaan lama seperti Exora, Satria, Iriz dan lain-lain dikatakan akan tamat.

Walaubagaimanapun, Careta merasakan untuk produk ikonik seperti Saga, ia perlu diteruskan untuk pasaran tempatan.

Menurut Proton, nama X70 telah dipilih dalam pertandingan yang dilakukan selama sebulan. Kesemua pilihan nama itu berkisar dengan abjad dan nombor yang sama (PX70, X7, X70 dan X700) dan seramai 90,000 penyertaan diterima.

60 peratus telah memilih nama X70 dan lima pemenang utama telah diumumkan.

X bermaksud Crossover manakala nombor 70 menggambarkan saiz atau segmen untuk SUV dalam keluarga baharu Proton.

Ia seperti Volvo XC40, XC60 dan XC90. Ia juga bermakna akan ada model-model SUV lain di dalam keluarga Proton.

Proton X70 sudah boleh mula ditempah secara rasmi bermula esok 8 Sept dengan bayaran sebanyak RM1,000.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…