X50 - Tempahan “early bird” bakal dapat kereta tahun ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Mereka yang membuat tempahan awal atau “early birds” bakal menerima X50 yang dibeli dalam tahun ini juga.

Menurut sumber Careta, seramai 4,000 orang telah menempah awal model SUV baharu Geely-Proton itu dan jadual pemasangan mampu untuk mencapai jumlah itu dalam tahun ini.
Modenas

Kilang pemasangan di Tanjung Malim mampu mencecah produksi maksimum sebanyak 8,000 unit (sehingga Disember 2020) tetapi masalah bekalan komponen yang menjadi batasan.

“Bukannya tidak boleh dipasang lebih banyak tetapi pembekal dan vendor juga mempunyai kesukaran menampung jumlah yang tinggi,” ujarnya. Tempahan lain akan diterima pada tahun hadapan.

Varian tertinggi, 1.5 TGDi Flagship ialah varian paling popular ditempah dan datang dengan harga RM103,300. Flagship juga adalah satu-satunya varian yang datang dengan teknologi pancitan terus (direct injection), menjanjikan prestasi yang tinggi dan penggunaan bahan api yang rendah.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, bagi tempoh 10 bulan tahun ini, pengeluar kereta nasional itu sudah menjual sebanyak 84…
Informasi
"Ini adalah penjenamaan semula kali ketiga EON, ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai pengedar…
Hezeri Samsuri
Hmmm... Menarik kerana apa yang saya lihat ialah rata-rata rakyat Malaysia melihat Proton itu…