X50 200 hp lenjan Litar Sepang!

oleh Mohamad Hanif|
Berdasarkan sesi pandu uji yang pernah kami buat terhadap Proton X50 sebelum ini, memang tidak dapat dinafikan prestasi sebenar yang mampu dihamburkan oleh enjin 1.5 liter turbo daripada Geely itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin itu memang sedap untuk pemanduan seharian, tidak kira dalam keadaan santai mahupun ketika kaki kanan sedang berat 100 kg di laluan lebuh raya Malaysia yang tercinta ini.

Namun, seorang pemilik Proton X50 berjaya menala semula enjin 1.5 liter itu di mana ia kini mampu menghamburkan kuasa setinggi 200 hp dan 310 Nm.
 

X50


Menurut informasi yang dipetik daripada FB All In CROSS FIFTY Accessories Malaysia, Proton X50 tersebut telah menjalani talaan Stage 2 kepada ECU, selain beberapa modifikasi seperti:

  • penggunaan suspensi boleh laras DWD Hi Low Soft Hard
  • bushing berprestasi tinggi
  • bar casis SuperCircuit
  • kit brek Brembo 6 Port 380 mm
  • sistem perpaipan SuperCircuit

Berdasarkan pemanduan yang dibuat di Litar Sepang baru-baru ini, Proton X50 tersebut berjaya mencatatkan masa 2 minit 47.94 saat, satu angka yang cukup pantas memandangkan Proton X50 bukanlah direka untuk menjadi sebuah SUV pantas ketika keluar kilang.

Malah menurut pemiliknya Lee Jian Xian, meskipun dengan kotak gear yang standard, Proton X50 tersebut tidak menunjukkan sebarang petanda kekurangan kuasa atau lemau selepas 20 kali dipandu mengelilingi litar Sepang.

Rakaman pemanduan Proton X50 boleh ditonton menerusi pautan di bawah:

 

Sumber: Lee Jian Xian, All In CROSS FIFTY Accessories Malaysia

Berita Berkenaan

MotorGP
Menurut kenyataan itu tiket bas akan dijual di stesen LRT terpilih iaitu KLCC, Masjid Jamek, Pasar…
Berita Domestik
Acara komuniti BMW M ini dianjurkan oleh kelab tempatan M4NTAP , disertai lebih 50 buah BMW yang…
Sukan Bermotor
Menurut Presiden UMW Toyota Ravindran K berkata, "Kami amat teruja untuk mengalu-alukan kehadiran…