X-Shore Eelex 8000 - bot elektrik diinspirasikan daripada Tesla dan.. belut elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat yang pakar dalam pembikinan bot dari Sweden, X Shore baru-baru ini melancarkan sebuah bot berkuasa elektrik yang diberikan nama Eeelex 8000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti kebanyakan bot yang pernah Careta tampilkan, Eelex 8000 memiliki rupa paras yang lebih minimalis (tipikal syarikat Scandinavia), ini kerana X Shore mengambil inspirasi daripada kehidupan laut Amerika Selatan, iaitu belut elektrik.

Sama seperti belut elektrik, Eelex 8000 mampu bergerak di atas permukaan air dengan senyap tanpa menghasilkan bunyi bising pergerakan mekanikal.

 


Antara ciri utama yang dibawakan oleh Eelex 8000 adalah rekaan modular yang terdiri daripada rel bersiri dan strut yang membolehkan pemilik memasang atau membuka 'perabot' untuk pelbagai jenis tujuan seperti memancing, menyelam, menjelajah, membawa penumpang dan sebagainya.

Bumbung gentian karbon juga turut mampu menyokong simpanan kelengkapan seperti basikal, kayak atau kanu.

Dari segi kuasa, Eelex 8000 mampu menghamburkan tenaga setinggi 302 kuasa kuda, kelajuan tertinggi 35 knot (65 km/j) dan kelajuan jelajah sehingga 25 knot (46 km/j).

 


Pek bateri berkembar 60 kWh lithium-ion itu dipasang pada bahagian bawah dek yang mampu membenarkan jarak operasi sejauh 161 km, dan mengambil masa kira-kira dua jam dengan menggunakan pengecas supercharger, atau lima ke lapan jam dengan menggunakan soket kuasa tiga fasa.

Antara kelengkapan yang dimuatkan termasuklah skrin sentuh Garmin bersaiz 24 inci, beberapa unit kotak penyejuk, ruang storan terbina untuk penyimpanan kelengkapan pengecasan, dan tangga yang boleh disimpan di dalam dek buritan.

Skrin sentuh Garmin itu tadi turut dilengkapi dengan perisian terhubung yang boleh disambung kepada jam pintar Garmin, selain mampu menganalisa prestasi motor elektrik dan bateri serta menyokong kemaskini over-the-air (OTA) yang membolehkan bot X Shore mendapat ciri termaju seperti contoh parkir sendiri (self-docking).

 


Harga jualan Eelex 8000 ini bermula dari US$329,000 (RM1.36 juta).

Berita Berkenaan

Berita Global
Lain pula berita yang dibawakan kali ini apabila seorang bekas eksekutif Tesla, John Vo telah…
Berita Global
Menurut laporan daripada AP News, Bandar Amsterdam yang terkenal dengan laluan-laluan air…