X-Concept: Komen dan pandangan Careta

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Perodua mengunjurkan sebuah model konsep di pameran KLIMS dan ribuan rakyat Malaysia memberikan komen mereka.

Oleh kerana Perodua menjual produk mereka kepada semua lapisan masyarakat, maka agak norml untuk kita lihat mereka yang terpelajar pun masih tidak begitu faham maksud konsep.

Dalam mana-mana industri, semua produk mempunyai beberapa kekangan, termasuk:

  • Batasan bajet (tidak logik henda bina Myvi dengan harga jualan RM1 juta bukan?)
  • Limitasi teknologi (tidak begitu cerdik jika kereta dijual menggunakan teknologi yang belum diuji)
  • Logik kejuruteraan (kereta perlu memuatkan enjin dan transmisi sedia ada serta perlu menurut piawaian keselamatan; kereta konsep bukan ada enjin pun untuk dimuatkan, jadi bentuknya boleh lebih agresif)
  • Had budaya atau penerimaan sosial (warna fluorescent memang sesuai untuk model konsep, tetapi tidak akan dibeli oleh sesiapa pun)

Kerana itu, model konsep dihasilkan untuk memberikan ruang kepada pasukan rekabentuk dan jurutera teknologi menerawang lebih jauh tanpa batasan.

Ini dibuktikan dengan model konsep Bezza dahulu, dan produk yang dilancarkan untuk pengguna. Memang berbeza tetapi sayang, tidak ramai yang faham.

Kali ini Perodua pamerkan satu lagi konsep, dan nampaknya masih wujud lagi golongan tidak rajin membaca itu.

Apapun, Perodua memantau apa yang dikomen oleh semua akan X-Concept yang ditampilkan semasa KLIMS ini.

Di bawah ialah komen Careta mengenai X-Concept:

 

 

Perodua berkata ia mengambik bentuk dinamik sebuah hatchback. 

  • Benar, terutama garisan bawah tingkap yang menguncup ke atas dan teknik "floating roof" di mana tiang A dan B digelapkan dan ada highlight warna perak terang untuk segmen tiang C di belakang.
  • Idea itu tidak begitu baharu kerana sudah ada digunakan sekarang, contohnya Haval H5 yang dijual di pasaran tempatan.
  • Permainan garisan kontur pada pertengahan badan dan diikuti dengan plastik hitam pada bahagian bawah pintu ialah satu idea yang menyegarkan dan nampak sedikit Eropah.

 

xconcept1

 

  • Sayangnya, dinamik lebih ke arah satu rekabentuk agresif dan bahagian roda memainkan peranan penting.
  • X-Concept langsung tidak memberi highlight kepada elemen roda. 
  • Kombinasi saiz roda/tayar yang kecil, rekabentuk roda aloi yang tidak cukup lebar dan seksi serta tiada overfender atau garisan menguatkan impak visual kepada bahagian roda/tayar menjadikan ia nampak terlalu ganjil di sebelah sisi. 
  • Pandangan atas bersudut nampak lebih menarik. 

Pasaran sudah membuktikan mereka tidak gemar bentuk badan tinggi tayar kecil seperti pada Beza, Persona, City Dugong, Fiesta sedan dan sebagainya.
 

Pintu suicide? Wow!

  • Ini gimik, dan melainkan harganya umpama Rolls Royce, tidak perlu kita pasang pada model sebenar.

 

 

 

Bahagian hadapan yang sarat LED

  • Perodua menggunakan teknologi LED dengan semaksima yang mungkin. Ini ialah satu short-cut mudah untuk mendapatkan reaksi "Wow" dari pengunjung. LED pada produk-produk VW juga sudah kurang mendapat reaksi itu.
  • Lampu hadapan LED dengan bentuk Y yang digunakan oleh Perodua ini menarik, cuma Careta tidak nampak di mana bentuk Y itu dan juga tidak rasa ia ada ciri-ciri untuk digunakan pada model production.
  • Garisan bawah gril yang dibawa terus ke bahagian sisi umpama lampu hadapan memang membawakan konsep rekabentuk Perodua dan patut dikekalkan. 
  • Gril dengan nyalaan LED untuk logonya mengimbau kenangan Proton Saga generasi pertama yang mempunyai logo bernyala. Sedikit old-school. Konsep sekarang lebih kepada "stealth". Hanya China yang suka logo yang lebih besar dari segalanya.
  • Bahagian bawah bamper hadapan nampak seksi, terutama bilah di kiri dan kanan itu. Ia juga nampak seperti sebuah "under breather" dan pada pendapat Careta, ciri-ciri itu harus dikekalkan. 


 

 

Bahagian belakang pula?

  • Nampaknya Perodua lebih suka punggung yang pendek dan padat.
  • Bahagian lampu dengan rekabentuk 3-D yang menjadi bucu kepada seluruh bahagian belakang nyata satu percaturan yang menjadi.
  • Lubang di bawah lampu diberikan penekanan kedua, dan ia terus membawakan mod agresif kepada konsep ini/
  • Bamper belakang disekalikan dengan badan dan logo tertanam cantik di tengah.
  • Bahagian bawah melihat dua corong ekzos yang seksi. Ini pastinya tidak akan dibawa ke model production kerana kos.
  • Spoiler bumbung nampak cantik dan berfungsi, harus dikekalkan.

 

 

Teknologi tersambung dan kabin X-Concept

  • Kami jangka ini sebenarnya yang mahu ditunjukan oleh Perodua. Teknologi tersambung atau "connected technology" memerlukan ruang kabin yang berbeza dari kenderaan biasa.
  • Perodua mahu mengambil jalan tengah kerana papan pemuka X-Concept masih nampak seperti kenderaan biasa. 
  • Floating dashboard melegakan ruang kaki hadapan, walaupun ini tidak perlu (tiada siapa duduk di tengah dan bahaya untuk meletakan barang-barang di ruang kaki berhampiran pemandu).
  • Corak pada gril bawah bamper di bawa ke sini dan ia nampak menarik. Namun begitu, ia tidak begitu "bersambung" dengan panel pintu, kecuali garisan merah itu. 
  • Stereng bentuk hexagon itu sangat futuristik dan satu cubaan yang baik, cuma nilai 3D hanya wujud pada steering boss sementara steering itu sendiri "flat".
  • Ruang tengah memang sangat "concept" dan menarik, walauoun idea ini tidak begitu baharu di dalam industri automotif. Mungkin pasukan R&D boleh beri penumpuan lebih kerana konsul ini semakin mendapat perhatian dalam bidang rekabentuk kenderaan. 
  • Contoh terbaik, i-Drive oleh BMW yang terus ditiru oleh ramai. Mungkin Perodua boleh hasilkan sesuatu yang menarik di sini? 
  • Oh ya. Ada sesiapakah yang tertinggal tablet China dalam X-Concept ini?

 

 

Tempat duduk hitam putih gaya Capten Future

  • Terus terang Careta nyatakan, tempat duduk semua produk Perodua hanya direka untuk mereka yang berangka kecil atau sederhana. 
  • Diharapkan teknologi tempat duduk X-Concept itu tidak meneruskan tradisi anti-gemuk itu.
  • Berkaitan dengan warna pilihan, Careta berpendapat Perodua mahu memberikan fokus sporti untuk pemandu dan penumpang hadapan, sementara penumpang di belakang duduk di dalam kawasan yang selesa, premium dan luas.
  • Menarik dan sangat "French".

 

 

Pasukan R&D Perodua dari bahagian rekabentuk mungkin boleh dibenarkan untuk pergi ke semua pameran automotif di seluruh pelusuk dunia dan mungkin juga duduk berbincang dengan kumpulan-kumpulan fokus yang gila kereta dan yang tidak gila kereta untuk mendapatkan lebih input dan pemahaman akan gaya kenderaan yang diminati pasaran sasaran Perodua.

X-Concept ialah satu usaha yang baik dan Careta benar-benar harapkan agar Perodua terus menghasilkan konsep-konsep untuk latihan pasukan mereka sendiri dan juga untuk melihat respon pasaran.

Tak perlu model saiz sebenar - model saiz kecil sudah cukup memadai. Yang penting, kita tahu Perodua mampu lakukannya!

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…