Wuling Starlight 2024, sedan saiz pertengahan, nadi 1.5 liter PHEV, dari RM59k di China

oleh Mohamad Hanif|
Wuling yang kita kenali sebagai sebuah jenama kenderaan elektrik (EV) bersaiz comel kini melancarkan sedan pertama mereka, iaitu Starlight.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedan saiz pertengahan itu membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,835 mm, lebar 1,890 mm, tinggi 1,515 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,800 mm.

Ia juga turut membawakan trend rekaan lampu utama yang diposisikan di hujung bampar, diikuti dengan jalur LED melintang penuh, dan rekaan jeriji yang aerodinamik.
 

Wuling


Bahagian belakang pula menempatkan rekaan lampu ala EV6, sementara pilihan rim pula terdiri daripada saiz 17 atau 18 inci dengan balutan tayar rendah rintangan golekan.

Rekaan badan yang aerodinamik itu juga membolehkannya mencapai angka pekali seretan serendah 0.228.

Wuling Starlight mendapat nadi plug-in hybrid yang terdiri daripada enjin 1.5 liter, motor elektrik berkuasa 174 hp dan dua pilihan saiz pek bateri lithium ion.
 

Wuling


Varian aras mula dilengkapi pek bateri 9.5 kWh yang menawarkan jarak gerak sifar emisi sejauh 70 km, sementara varian yang lebih premium datang dengan bateri 20.5 kWh, di mana jarak gerak elektrik meningkat kepada 150 km.

Namun secara keseluruhan, Wuling Starlight mampu menawarkan jarak gerak sejauh 1,100 km hasil gandingan kuasa daripada motor elektrik dan enjin yang disebutkan tadi.
 

wuling


Ruang kabin Starlight membawakan susun atur papan pemuka yang minimalis, di mana terdapat skrin kluster digital tujuh inci, skrin infohibur sebesar 10.1 inci, konsol tengah jenis terapung, dan skema warna dua tona.

Selain daripada sistem audio dengan empat pembesar suara, ia juga turut dilengkapi dengan sistem kawalan iklim automatik dan tempat duduk pemandu larasan enam tahap.

Varian tertinggi pula didatangkan dengan skrin kluster sebesar 8.8 inci, serta skrin infohibur 15.6 inci dengan sistem operasi Ling OS, sokongan pemetaan, arahan suara, roda stereng yang lebih canggih serta tambahan dua pembesar suara.
 

wuling


Di China, harga jualan Wuling Starlight bermula dari 88,800 yuan (RM58,600) hingga 105,800 yuan (RM69,819).

Difahamkan, selain daripada sedan PHEV, Wuling Starlight juga bakal muncul dalam versi elektrik sepenuh masa pada tahun depan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menampilkan trenkuasa plug-in hybrid 1.5 liter (PHEV) yang menawarkan jarak gerak elektrik…