Wuling Hongguang Mini EV kereta elektrik no. 3 paling laris tahun 2022

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2022 menyaksikan timbulnya banyak model-model baharu berkuasa elektrik, dan sudah pasti ramai yang ingin tahu EV manakah yang paling laris terjual sepanjang tempoh tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan data jualan tahun 2022 yang diperoleh daripada JATO Dynamics, tidak mengejutkan apabila dua tempat teratas kini dipegang oleh Tesla.

Tesla Model Y mendominasi carta jualan dengan jumlah sebanyak 747,500 unit (atau peningkatan 91 peratus berbanding 2021), diikuti dengan Tesla Model 3 dengan jumlah jualan sebanyak 482,200 unit.

Hampir separuh daripada Model Y berjaya dijual di China (44 peratus), sementara pasaran US-Kanada menguasai 34 peratus dan pasaran Eropah sebanyak 19 peratus.

Di rantau Asia Tenggara Pasifik, Tesla berjaya menjual Model Y sebanyak 13,400 unit, diikuti pasaran Jepun-Korea sebanyak 9,600 unit.

Sementara itu, 47 peratus jualan Model 3 datangnya dari pasaran US-Kanada, diikuti 28 peratus dari China, dan 19 peratus dari Eropah.
 

MINI


Sedikit mengejutkan apabila model EV ketiga yang paling laris terjual bukannya datang dari Tesla, tapi sebuah kereta mikro Wuling Hongguang Mini EV!

Kereta kecil berkuasa elektrik ini telah terjual sebanyak 443,400 unit, di mana popularitinya banyak disumbangkan oleh faktor harga yang mampu milik, serta menyediakan solusi mobiliti kepada ramai pelanggan di China.

Dalam senarai 10 EV terlaris, BYD menguasai empat kedudukan, dimulakan dengan BYD Dolphin di tangga ke-4 (205,200 unit), BYD Atto 3 di tangga kelima (180,600 unit), BYD Qin di tangga ke-7 (163,400 unit) dan BYD Han di tangga ke-10 (116,500 unit).

Berikut merupakan senarai model BEV yang paling laris mengikut jenama:

10 EV jenama Eropah terlaris:
1. Volkswagen ID.4 (175,600)
2. Volkswagen ID.3 (77,900)
3. Fiat 500 (67,400)
4. BMW iX3 (55,300)
5. Polestar 2 (51,600)
6. Skoda Enyaq (51,200)
7. Dacia Spring (49,000)
8. Peugeot 208 (48,900)
9. MINI Hatch (43,700)
10. Volvo XC40 (43,300)

5 EV jenama Amerika terlaris
1. Tesla Model Y (747,500)
2. Tesla Model 3 (482,200)
3. Ford Mustang Mach-E (77,500)
4. Tesla Model X (37,600)
5. Chevrolet Bolt EUV (32,800)

5 EV jenama Korea terlaris
1. Hyundai Ioniq 5 (100,000)
2. Kia EV6 (78,800)
3. Hyundai Kona (56,700)
4. Kia Niro (56,200)
5. Hyundai Ioniq 6 (11,400)

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, pendekatan tersebut tidak lagi digunakan untuk model Camry generasi baharu. Kenapa? Jika…
Berita Global
Kali ini, berita tersebut datang sendiri daripada pengerusi Toyota, Akio Toyoda dalam satu temubual…
Informasi
"Pendekatan langkah demi langkah bermula daripada HEV merupakan cara paling sesuai untuk…